Lelaki membunuh bapa tiri dan menikam ibunya selepas diminta menutup permainan video yang dimainnya.
Christopher McKinney, 29, diminta ibunya berusia 66 tahun dan bapa tirinya, 71, untuk berhenti permainan video di rumah supaya mereka boleh tidur.
Bagaimanapun, lelaki itu menumbuk ibunya di wajah dan memukul bapa tirinya.
Kredit foto: Agensi/Harian Metro
Keadaan itu menyebabkan bapa tirinya mengambil pisau bagi melindungi dirinya dan isteri sebelum berlaku pergelutan.
Difahamkan, Mc Kinney berjaya merampas senjata berkenaan sebelum menikam ibu dan bapa tirinya, lapor The Sun.
McKinney kini berhadapan beberapa pertuduhan membabitkan insiden itu yang berlaku pada petang 11 Disember lalu.
Dia didakwa atas pertuduhan serangan dengan niat untuk membunuh dan menghalang tugas pegawai polis.
Bagaimanapun, pertuduhan itu mungkin ditambah berikutan kematian bapa tirinya selepas empat hari bertarung nyawa akibat kecederaan dialami dalam serangan itu.
Polis memaklumkan, mereka menemui tertuduh berlumuran darah di rumah itu.
"Dia ditemui dalam keadaan berbaring dan berlumuran darah. Darah juga ditemui hampir semua tempat iaitu di dinding dan siling rumah.
"Ketika ditahan, McKinney meludah ke arah pegawai polis dan menyerang anggota bomba yang sedang memberi pertolongan cemas," kata polis.
Tertuduh kini ditahan di Penjara Oakland dan dikenakan bon sebanyak RM2,035,760 (£377,000)
Sumber: Harian Metro |