View: 3004|Reply: 24
|
PM Antara Individu Terawal Bakal Terima Suntikan Vaksin COVID-19
[Copy link]
|
|
PM Antara Individu Terawal Bakal Terima Suntikan Vaksin COVID-19, Mahu Yakinkan Rakyat Vaksin Diterima Adalah Selamat
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.
Perdana Menteri berkata ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.
Beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.
“Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin daripada Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasaran seawal Februari 2021,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam video perkembangan terkini berhubung pemberian vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia.
Menurut perdana menteri, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin itu dalam kalangan penerima.
“Sekali lagi saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun setelah kita menerima bekalan dan suntikan vaksin.
“Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus ini telahpun berada dalam komuniti,” katanya.
Muhyiddin turut mengingatkan rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan mengamalkan kebiasaan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buat LIVE plssss.. Yg utk org tua tu.. Aku nak tanya.. Kena bawa pi hospital? |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat lagi pada feb.
Btw..sewaktu saya berada di pusat kesihatan pada 17/12 lepas tiada seorang pun yang mengalami masalah alahan. Saya berada disitu lebih kurang satu jam setengah dan mereka mereka yang di vaccine adalah mereka mereka yang berumur 65-100+ tahun. Semua ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry...aku x percaya menteri2 ni disuntik dgn vaksin walaupun buat live... |
|
|
|
|
|
|
|
Kak nor berani tak untuk di suntik vaksin ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap diadakan secara LIVE.. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 22-12-2020 11:53 AM
Kak nor berani tak untuk di suntik vaksin ni?
X berani .......... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah bukan kumpulan yg akan dipilih terima vaksin
lagi dok sabah memg mcm jauh vaksin tu nk sampai |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih teruja nk tau hasil kajian ubatan pemulihan covid dari vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri kesihatan should take risk too |
|
|
|
|
|
|
|
PM Antara Individu Terawal Bakal Terima Vaksin Covid-19 Pada Februari 2021
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi antara individu terawal menerima suntikan vaksin di negara ini.
Perkara itu didedahkan oleh Muhyiddin sendiri menerusi perutusan khas yang disiarkan pada Selasa pagi.
Selepas dirinya, pemberian vaksin akan diteruskan pula kepada petugas barisan hadapan, diikuti kumpulan sasar di negara ini.
"Saya akan menjadi antara individu yang pertama untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.
"Ini akan diikuti petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik," ujarnya.
Kredit foto: FB
Perutusan itu turut memperincikan mengenai perkembangan terbaharu agihan vaksin untuk rakyat Malaysia tidak lama lagi.
Tambah Muhyiddin lagi, sejuta dos vaksin pertama daripada Pfizer dijangka diperolehi seawal Februari 2021.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengumumkan kerajaan baru sahaja menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19.
Ia melibatkan tambahan 10 peratus kepada bekalan vaksin yang akan diterima negara.
Ia merupakan bekalan tambahan selepas perjanjian terdahulu dengan fasiliti COVAX dan Pfizer.
Malah, kerajaan kini juga dalam fasa rundingan akhir dengan dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya untuk mendapatkan bekalan vaksin tambahan dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus populasi negara. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak yakinkan netizen punya pasal, pm offer diri disuntik vaksin dulu. Harap2 vaksin yang netizen dapat nanti sama yang pm kita dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo Tipoo
Buboh air berdosa tau Abahcow..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kata tak wajib kan. jangan tiba2 jadi wajib pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal PRK lagi kah kita?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon buat live streaming masa tgh menyuntik tu.. hahaha.. propa budka tadika pon boleh propa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia boleh ambik vaksin ke.. Bukan ke dia bekas pesakit kanser.. Ke msh aktif lg kanser dia.. Aku kompius lak jdnye |
|
|
|
|
|
|
|
live pon xleh caya, aritu ada bideo org politik amerika buat suntikan palsu, lakonan pasal nak untung dr vaksin
|
|
|
|
|
|
|
|
Selfish betul. Nak lepas tengkuk dia je dulu habahcow. |
|
|
|
|
|
|
| |
|