|
Selepas kehilangan isteri tercinta Dylan Sahara dalam tragedi tsunami pada 2018, penyanyi Ifan Seventeen, 37, semakin pulih dari kesedihan dan kini intim dengan model, Citra Monica.
Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah turut memuat naik foto kemesraan mereka menerusi Instagram sebagai foto pertama di media sosial itu tahun ini.
Foto pertama menampilkan keduanya tersenyum ke arah kamera. Pada foto kedua, penyanyi Seventeen itu melihat kamera sambil mengerutkan dahi manakala Citra tertawa besar.
Kredit foto: IG
Rata-rata pengikut Ifan mengandaikan penyanyi terbabit kini sudah 'move on' dan bersedia mencari pengganti arwah isterinya.
"Swafoto pertama untuk 2021. Tahun ini doanya banyak sangat. Ya Allah semua doaku dan semua yang membaca doa, terkabul semua tahun ini. Kita berdoa banyak-banyak biar semakin terkabul semua ya," tulisnya diikuti emoji hati.
Terdahulu, Ifan menafikan dia sudah bersedia untuk kembali berumahtangga selepas mengumumkan bercinta dengan Citra pada 1 Disember lalu.
Dia juga menafikan menjadi punca keretakan rumah tangga Citra bersama bekas suami Aditiyo Januajie dan menepis tuduhan yang mendakwa dirinya perampas isteri orang.
"Yang saya tahu mereka sedang dalam proses (cerai). Dan saya rapat pun, mereka sudah rasmi cerai," katanya. -CARI
Sumber:Harian Metro
|
|