"Industri muzik antara paling terjejas sebab 'live' di khalayak ramai tak dibenarkan. Jadi, pemuzik hilang pendapatan sampai ada terpaksa jual peralatan muzik mereka."
Berbanding industri perfileman yang lebih rancak beroperasi, industri muzik tempatan pula terus lesu.
Pengarah Muzik, Datuk Acis berkata hal ini menyebabkan ramai pemuzik hilang punca pendapatan mereka.
Jadi, muncul idea penganjuran konsert dicetuskan oleh Pam Shahril dan Shahril Razak dari Gabung Cipta, sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya profesional dan penerbit konsert, Jennifer Thompson.
Foto : IG
Menurut Berita Harian, projek ini bukan hanya untuk artis sebaliknya petugas belakang tabir seperti pembekal, jurutera, lokasi, pekerja dan peniaga yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik ini.
"Saya harap MALAYSIA LIVE! akan beri ruang buat semua yang terkesan untuk mula menjana pendapatan."
Ini kerana bagi setiap acara, ia membabitkan ratusan tenaga pakar dan pekerjaan berkaitan termasuk jurutera, kru, katering, penjual tiket, keselamatan, syarikat logistik dan ramai lagi.
Sementara itu, Jennifer berharap konsert norma baharu seperti itu dapat diterima penonton untuk dijadikan budaya dengan sokongan berterusan demi masa depan industri muzik.
Foto : FB
"Kita masih perlu cari makan dan bayar bil. Objektif supaya kita tidak kehilangan bakat dan kepakaran industri pada pekerjaan lain. Harapnya siri konsert ini akan berterusan supaya lebih ramai artis, pemuzik dan tenaga pekerja dapat bekerja."
Menggabungkan penyanyi dan pemuzik hebat tanah air, dua episod pengenalan konsert itu akan ditayangkan pada 22 Januari disusuli 29 Januari ini di saluran YouTube MALAYSIA LIVE!.
Foto : IG
Episod pertama pada 22 Januari mulai jam 9 malam dikendalikan Nazrudin Rahman membabitkan artis Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, Dolla, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii and Zynakal.
Foto : IG
Episod kedua pula pada 29 Januari mulai jam 9 malam dikendalikan Adibah Noor membabitkan Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Datuk M Nasir, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju dan Zizi Kirana.
Jadi, ayuh peminat muzik tanah air, beri sokongan kita supaya kepada pemain industri supaya mereka terus kekal mempertaruhkan bakat mereka, bukan tibaiunta ya. - CARI |