Pernahkah anda mempunyai kenalan yang perangainya agak kebudak-budakan? Perangai kebudak-budakan ini bukanlah sekadar suka menonton kartun atau bermain permainan kanak-kanak, tapi perangai kebudak-budakan sehingga suka memakai lampin pakai buang, siap menyusu botol sekali.
Kedengaran agak pelik. Tapi, inilah yang berlaku seperti dikongsikan seorang individu yang dirahsiakan identitinya. Wanita ini berkongsi kisah pelik suaminya yang suka memakai lampin pakai buang dan mahu dilayan seperti anak kecil.
Kredit Foto - Google : Gambar Hiasan
Suriah ( bukan nama sebenar) memaklumkan perkahwinannya selama enam tahun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suaminya seorang yang bertanggungjawab dari segenap segi dan hubungan mereka berdua amat baik.
Kredit Foto - Google : Gambar Hiasan
Cuma, suaminya mempunyai kecenderungan yang agak pelik. Perkara ini dimaklumkan sebelum mereka berkahwin lagi namun pada masa itu, Suriah tidak begitu memberi perhatian mengenainya.
Baca lanjut.
Suriah menyatakan mungkin suaminya akan berhenti dengan minat ini pada masa akan datang. Dalam masa yang sama Suriah turut tertanya-tanya adakah perkara yang menimpa suaminya ini suatu yang normal.
Kredit Foto - Pinterest : Gambar Hiasan
Untuk info, kecenderungan suami Suriah ini dikenali sebagai Sindrom Bayi Dewasa atau AB/DL (Adult Baby/Diaper Lover). Sindrom ini sebenarnya terjadi atas faktor keinginan mereka sendiri yang nak pakai lampin atau berperangai seperti bayi dengan pasangan masing-masing.
Menurut Dr Dennis Sugrue, sindrom Bayi Dewasa merupakan perilaku seks luar biasa yang melibatkan seseorang lelaki atau perempuan bertindak atau melakukan role-playing sebagai bayi.
Sejujurnya banyak perkara pelik yang kita tidak tahu mengenai pasangan kita sebelum berkahwin. Mungkin ini salah satunya. - CARI |