View: 8514|Reply: 88
|
Rina Harun Positif Covid 19
[Copy link]
|
|
Edited by Xim at 11-1-2021 08:22 PM
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun merupakan menteri ketiga positif Covid-19.
Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pejabatnya pada Isnin, Rina telah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam Ahad.
“Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam (Ahad),” katanya.
Tambah kenyataan itu, Ahli Parlimen Titiwangsa berkenaan dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11 pagi Ahad.
“Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat,” kata kenyataan itu.
Menerusi kenyataan itu juga, semasa ketiadaan Rina, kementeriannya akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar serta segala urusan pengoperasian kementerian akan tetap berjalan seperti biasa.
Pada Ahad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam Sabtu.
Mustapa menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.
Tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, merupakan menteri pertama positif Covid-19.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ga-positif-Covid-19
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berkah doa2 para lobai. Semakin ramai menteri positif yah. Moga mereka semua aman sentosa sejahtera. Amen. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk buat poll tak menteri mana pula positif lepas ni? Kelihatan lucu tetapi adalah realiti kerna mereka politician2 ini xmenjaga sop dgan betulnya, ujong2 disalahkan marhaen jua. |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri pon bodoh sop..lagi nk jaga rakyat ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga lebih ramai politician yg positif covid |
|
|
|
|
|
|
|
husnuzon..mungkin rina doremon nak test mesin intubate |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf jika aku zalim..tapi aku nak sgt ada menteri yg tak ikut sop mati sebb covid |
|
|
|
|
|
|
|
me too.......
biar sekor 2 jadi kambing hitam..
baru yang lain tu berakal skit
|
|
|
|
|
|
|
|
Menteri KPWKM Positif Covid-19
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19, selepas memperoleh keputusan ujian saringan malam tadi.
Pengesahan itu diperoleh selepas dua hari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed positif Covid-19.
Pejabat KPWKM dalam kenyataan memaklumkan Rina, 47, menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya, pagi semalam dan beliau sudah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11 pagi hari ini.
Kata kenyataan itu, Ahli Parlimen Titiwangsa berkenaan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Foto: Arkib NSTP
"Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua (pihak) dan memohon agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.
"Beliau juga akan pastikan, semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa," kata kenyataan itu.
Semalam, media melaporkan, semua menteri Kabinet perlu menjalani ujian saringan Covid-19 susulan Mustapa yang disahkan positif Covid-19.
Turut diarahkan menjalani ujian saringan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan semua yang hadir dalam mesyuarat parti itu, Rabu lalu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi turut mengesahkan ujian saringan yang perlu dijalani itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la..instalment sikit2. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau si Ahmad maslan CGPA tinggi Tu takleh amek iktibar lagi Aku tak tahu apa lah... Soh dia makan nasik goreng shieldtox Kasi kuman dlm sel otak dia mati |
|
|
|
|
|
|
|
kluser menteri keh .............. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita doakan yang terbaik sahaja kepada mereka-mereka yang dijangkiti virus COVID19 ini |
|
|
|
|
|
|
|
satu satu Tuhan tunjuk. lepas ni menteri mana pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
cashhhh...harap ramai lg yg kena...nak2 dari PRN sabah tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|