View: 3797|Reply: 24
|
Ronda Tengah Malam Tengok Persiapan PDRM Berdepan PKP, Buat Sesak Je!
[Copy link]
|
|
Keluar tengah malam dengan alasan untuk melihat suasana persediaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Itu antara alasan sebilangan pengguna jalan raya ketika ditahan untuk pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Persiaran Kota, berhadapan bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tempoh satu jam pertama awal pagi tadi.
Kredit foto: HMetro
Tinjauan wartawan di lokasi juga mendapati, jumlah kereta agak banyak, malah beberapa pengguna ditahan untuk pemeriksaan kerana mempunyai lebih dari dua individu dalam satu kenderaan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya berharap orang awam terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang ditetapkan kerajaan.
"Sepanjang tempoh satu jam pertama di SJR di susur keluar MPK ini, kita dapat masih ada sebilangan kecil masyarakat yang masih belum bersedia untuk patuh kepada SOP ini yang mana, ada beri alasan tidak tahu, ada juga bagi alasan keluar untuk meronda di tengah malam bagi melihat keadaan persediaan pihak PDRM itu sendiri.
"Setakat ini, saya dapat boleh dikatakan kebanyakan kenderaan patuh kepada SOP, manakala sebilangan kecil mempunyai alasan yang boleh diterima. Setakat ini tiada yang diarahkan berpatah balik," katanya ketika ditemui di SJR terbabit awal pagi tadi.
Beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan penguatkuasaan di lokasi tumpuan orang awam dan memastikan SOP PKP dipatuhi.
"Sekiranya didapati tiada pematuhan itu, kita akan kenakan kompaun kepada mana-mana yang tidak patuh SOP.
"Jika tiada keperluan untuk keluar, duduk di rumah dan sama-sama kita berjuang untuk memutuskan rangkaian Covid-19," katanya.
Sementara itu katanya, sejak jam 4 petang semalam hingga malam tadi, IPD Klang Selatan tidak putus-putus dikunjungi orang awam untuk mendapatkan surat kebenaran rentas daerah dan negeri.
"Rata-rata untuk tujuan bekerja, kebanyakan mereka memberitahu ada surat kebenaran polis lebih terjamin perjalanan pergi dan balik," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sampai skang jemnya x surut lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ya rabbi, benak rakyat malaysia ni ya..
Patutlah kes makin tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Ok...selamat menyambut hari raya kepada ummah malaya! |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam dah la banyak kereta, boleh pulak ada kereta rosak dekat traffic light. Sudahnya aku sampai opis lewat setengah jam. Kalau tak, awal sejam aku sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Mlm td ada sekumpulan porsche ngn ferari berdesup naik heway kl karak. Dlm pukul 8mlm mcm tu
I dok fikir mana laa cinkies ni nk pegi. Tgh mlm tu nk pkp dah..
I bajet diorg lepas geram naik genting jap agknya
Pukul 11.55pm pecut turun balik kl.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nyaris kena kena kerja mlm tadi, kalau idak keluar opis pagi ni mesti kena lalu roadblock.. nasib baik aktiviti cancel, kena sambung lepas pkp abis.. harapnya tak lama la pkp ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam.ldp.mcm nak perayaan
Iols nak gi hantar barang pon takajut sebegitu skali jem nya |
|
|
|
|
|
|
|
kemain sakai lagi masing2
bengap betul |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiii laaaa...mcm ni pun boleh ye ..fefeeling YB kah? |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 13-1-2021 11:06 AM
Mlm td ada sekumpulan porsche ngn ferari berdesup naik heway kl karak. Dlm pukul 8mlm mcm tu
I dok ...
Boleh lak gituuu hahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 13-1-2021 11:06 AM
Mlm td ada sekumpulan porsche ngn ferari berdesup naik heway kl karak. Dlm pukul 8mlm mcm tu
I dok ...
Boleh lak gituuu hahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam bukan jalanraya je yang sesak tempat makan pun sama macam merayakan tak boleh nak makan kat kedai lagi dalam dua minggu atau sebulan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
otak masing2 mengecut ke apa sampai benak macam tu sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by star_karat at 13-1-2021 01:17 PM
Borang rentas daerah kena download dah tu print. Ingat semua orang ada printer kat rumah ker? Kedai print banyak tutup. Print pulak dari phone ke mesen copy. Tak semua kedai ada buat. Kat balai polis tak sedia kan borang.
Bila dah dpt jumpa yang boleh print, pergi balai. Sebelum tu call balai, dorang suruh datang. Bila sampai balai, pegawai yang jaga gate tak bagi masuk pasal cop untuk borang rentas sempadan tak siap lagi. Mati2 tak bagi masuk. Balik lah dah kena halau.
Ni cerita pagi ni dengan kawan aku. Nangis2 dia. Naik grab pulak tu 20 hinggit pergi balik. Pagi2 dah rayau cari kedai yang boleh buat print dari phone. Kkmart, 7e semua tak leh buat. Kedai stationary banyak tutup.
Ni sampai dah tengahari ni tak leh buat apa lagi. Polis kat balai takda cop, tak siap lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ank aku dr kl nk blk rmh aku kt shah alam ambik masa 11/2 jam..lg berapa minit je lg nk kul 12 mlm..kalau lambat sikit lg bertolak dr kl tu mau kena roadblock..mmg x blh lps la blk rmh aku! |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah kes makin byk, asal cuti asal boleh rentas negeri berbondong berjimba balik kg la kenduri jalan2 bwk budak kecik bagai mcm dah sah negara bebas covid kaedahnya.
Padahal kes 4 angka hari2 buat tak perasan dan acah takde pape. Heedless |
|
|
|
|
|
|
|
yaa smlm mmg jam.. each time ada announcement, pkp ka pkpb ka pkpkpkpb ka mmg jam, tataw la depa2 ni merenyam ke mana
atau sebab gomen pun klua SOP very last minit.. baik MITI atau MKN
Miti tu naseb meols masuk before 3pm, surat kelulusan dah ada tunggu nak donlod je, my friend masuk after 3pm, website hang
maka ramai la yg balik lewat smlm sbb kena settle segala docs etc2 mcm meols.. nak suh staff print? mmg sampai abes pkp takde la depa tu nak print, nak gagau kat mana? bukan smorang ada printer kat umah mcm menteri2 pasola tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ini namanya cari penyakit, sia-sia sahaja jika kena kompaun |
|
|
|
|
|
|
|
Laki aku pepagi lg dah gi ambik surat kebenaran polis sebab nak travel dr perlis ke kl central
Bas xada, nasib ada ets
Harap sampai kl central sempat catch last erl ke klia sebab flight dia esok pagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|