CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2149|Reply: 14

[Dunia] Lukisan gua tertua di dunia ditemui di Indonesia

[Copy link]
Post time 14-1-2021 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-1-2021 03:43 AM

Lukisan gua tertua di dunia ditemui di Indonesia[size=0.8]Januari 14, 2021 @ 11:05am

Lukisan yang dijumpai di Gua Leang Tedongnge di Sulawesi, Indonesia. - Foto AFP



WASHINGTON: Ahli kaji purba menjumpai lukisan gua tertua di dunia, iaitu gambar saiz sebenar seekor babi hutan yang dilukis kira-kira 45,500 tahun lalu di Indonesia.

Penemuan itu disifatkan oleh jurnal Science Advance semalam sebagai memberikan bukti terawal mengenai penempatan manusia di rantau ini.
Penulis bersama Maxime Aubert dari Universiti Griffith di Australia memberitahu AFP, lukisan itu ditemui di pulau Sulawesi pada 2017 oleh seorang penuntut ijazah kedoktoran Basran Burhan, sebagai sebahagian daripada kajian yang dijalankan pasukan itu bersama pihak berkuasa Indonesia.

Gua Leang Tedongnge itu terletak di lereng terpencil di sebalik batu kapur yang tergantung, sekitar sejam perjalanan daripada jalan raya terdekat.


Ia hanya boleh diakses pada musim panas kerana berlaku banjir pada musim hujan dan anggota masyarakat Bugis memberitahu pasukan itu mereka tidak pernah ditemui oleh orang Barat sebelum ini.

Berukuran 136 x 54 sentimeter, babi berkutil Sulawesi itu dilukis menggunakan pigmen tanah liat yang berwarna merah gelap dan mempunyai bulu-bulu yang lurus serta sepasang bonggol yang kelihatan seperti tanduk yang terdapat pada spesies jantan dewasa.

Terdapat juga kesan dua telapak tangan pada bahagian atas lukisan terbabit dan ia seolah-olah berada di hadapan dua lagi babi yang hanya sebahagiannya kelihatan.
"Babi itu seperti sedang menyaksikan satu pergelutan atau interaksi antara dua lagi babi," kata penulis bersama Adam Brumm.

Manusia sudah memburu babi Sulawesi itu selama puluhan ribu tahun dan ia adalah ciri utama lukisan dari zaman kuno di rantau itu.
Aubert, pakar pemetaan tarikh, mengesahkan bahan kalsit yang terdapat pada lukisan itu.
Beliau kemudian menggunakan kaedah mengira tarikh isotop siri Uraniam dan berkata, bahan terbabit berusia 45,500 tahun.

Ini menjadikan lukisan itu sekurang-kurangnya pada usia berkenaan "tetapi ia mungkin juga lebih tua kerana kaedah penentuan tarikh yang kami gunakan hanya mengira kalsit pada lukisan itu," jelas beliau.

"Orang yang melukisnya sangat moden, mereka seperti kita, mereka mempunyai keupayaan dan peralatan untuk melukis apa sahaja yang mereka suka," tambah beliau.

Sebelum ini, lukisan tertua pada batu ditemui oleh pasukan yang sama di Sulawesi.
Ia menunjukkan sekumpulan orang yang kelihatan separuh manusia dan separuh haiwan sedang memburu mamalia dan didapati berusia sekurang-kurangnya 43,900 tahun.

Lukisan gua seperti itu juga membantu merapatkan jurang pemahaman kita mengenai migrasi awal manusia.
Manusia diketahui tiba di Australia 65,000 tahun lalu tetapi mereka mungkin pergi ke kepulauan Indonesia, yang dikenali sebagai 'Wallacea'.
Tapak itu kini mewakili bukti tertua wujudnya manusia di Wallacea.

Namun, mereka berharap untuk melakukan lebih banyak kajian yang akan membantu menunjukkan bahawa manusia sudah berada di rantau itu lebih awal lagi.
Ini sekali gus akan memberi jawapan kepada tanda tanya mengenai penempatan Australia.

Pasukan itu percaya lukisan terbabit dibuat oleh Homo sapien dan bukan spesies manusia Denisovan yang kini sudah pupus.
Bagi kesan telapak tangan pada lukisan terbabit, pelukisnya perlu meletakkan tangannya pada bahagian permukaan bagi memecahkan pigmen.
Maka, pasukan itu berharap untuk mencungkil sample DNA daripadanya. - AGENSI


https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/01/776224/lukisan-gua-tertua-di-dunia-ditemui-di-indonesia



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
so dah selamat claim la ni? so nakkena panggil indon babi ke cemana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehhh..lukis babi pun nak teruja..;
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AshKetchum replied at 14-1-2021 07:55 PM
so dah selamat claim la ni? so nakkena panggil indon babi ke cemana ni?

Wakakakaka sesuwai
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:46 PM | Show all posts
Ingat lukisan berkenaan zaman pada masa hadapan, sekali lukisan haiwan sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:52 PM | Show all posts
AshKetchum replied at 14-1-2021 07:55 PM
so dah selamat claim la ni? so nakkena panggil indon babi ke cemana ni?

Singa Pura sebab singa

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2021 11:17 PM | Show all posts
kire pelakar lukisan atas batu gua ni , kire the PICASSO of the Neolithic laaa ye...

kire tu Picasso diaorg la time tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bik kau semua.semua ko nak claim.ambik dengan mama tini sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ade 2 lg babi rupanya. agknya lukisan tu dlukis slps tonton scene babi tgh bgaduh dgn bberapa ekor babi lg kot eh.
tp babi pun dh wjud dr zman Nabi Nuh a.s. lg kn
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bermakna Melayu masih pakai cawat & nyumpit babi utan dikala.indon caprut dah pandai melukis
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah! Babi mendunia!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
45,000 tahun silam pun dah complete la evolusi ye? Still, babi 45,000 tahun sama dgn babi hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 02:14 PM | Show all posts
okay lah tu. at least ada lah bakat yang dorg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 02:27 PM | Show all posts
so babi berasal dari indon ke camaner?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:04 PM | Show all posts
ok la tu, done claim - babi berasal dr sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055699 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list