View: 3423|Reply: 25
|
[SARAWAK] Lelaki hilang dihanyut arus deras cuba selamatkan teman wanita...? Ex
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 15-1-2021 08:57 AM
Kuching: Seorang lelaki hilang dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan teman wanitanya yang terjun ke dalam Sungai Sarawak berhampiran Kubah Ria di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, kejadian dilaporkan oleh orang awam kira-kira jam 12.50 tengah hari, selepas melihat pasangan kekasih itu hanyut di sungai berkenaan.
Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, berlaku pertengkaran antara pasangan terbabit sebelum wanita itu terjun ke dalam sungai.
"Lelaki itu kemudian cuba menyelamatkan wanita terbabit, namun kedua-duanya dihanyutkan arus sungai yang deras," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Bagaimanapun katanya, wanita berusia 27 tahun itu dapat diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
"Mangsa lelaki belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan," katanya.
Menurut Henderi, operasi SAR berdepan kesukaran disebabkan arus sungai yang deras susulan hujan lebat.
"Kami juga berhubung dengan pihak baraj dan agensi berkaitan supaya pencarian lebih berkesan.
"Kami cuba mencari secepat mungkin kerana dalam masa sejam atau dua jam amat kritikal, kami takut mangsa melepasi baraj dan ini menyebabkan skop pencarian menjadi bertambah luas dan sukar," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MANGSA HANYUT DI SUNGAI : KUBAH RIA FOOD COURT
Kuching, 14 Januari 2021
PGO Sarawak menerima pangilan kecemasan pelapor melaporkan ternampak 2 orang hanyut di sungai dan mengarahkan keluaran BBP Petra Jaya ke lokasi kejadian.
Komander operasi lapor setiba dilokasi seorang perempuan dewasa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam namun seorang lagi mangsa lelaki masih hanyut di bawa arus.Pihak bomba bertindak membuat pencarian sekitar tepi sungai dan di sungai menggunakan bot.
Operasi diketuai oleh PKPgB Azaharul Sahari, Ketua BBP Petra Jaya.
-Unit Perhubungan Awam-
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua jatuh sungai berdekatan Kubah Ria, seorang masih hilang
KUCHING: Seorang lelaki masih hilang dan dikhuatiri lemas dalam arus deras, manakala seorang wanita diselamatkan selepas kedua-duanya dikatakan terjatuh di Sungai Sarawak berdekatan Kubah Ria, tengah hari ini.
Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima laporan berhubung kejadian pada jam 12.57 tengah hari dan beberapa anggotanya terus ke lokasi kejadian.
Sumber memberitahu, wanita berusia 27 tahun berjaya diselamatkan oleh pekerja kapal yang kebetulan berada berdekatan lokasi kejadian.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bomba kini berusaha mencari dan menyelamat lelaki berusia 25 tahun.
oleh
Jeremy Lanson
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cerita dari akak kepada pompuan tu ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 15-1-2021 05:32 AM
cerita dari akak kepada pompuan tu ...
Kira perempuan tu nk terjun Sungai sebab tak tahan dgn ex dia lah ek |
|
|
|
|
|
|
|
dah la tgh hujan dan air pasang besar sekarang ni, semoga dapat ditemui dengan segera.. |
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah lebihkurang gtu lah kalo ikut apa yang akak dia tulis ...
bekas ... dah tak bercinta lagi...
kot2 dah fed up asyik kena ugut ... kot2 gambar semasa bercinta ke apa ...
|
|
|
|
|
|
|
|
haaa tu la ...
lain lagi nak selamat kan mangsa2 banjir ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada buaya tak kat sungai tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 15-1-2021 08:59 AM
ha`ah lebihkurang gtu lah kalo ikut apa yang akak dia tulis ...
bekas ... dah tak bercinta lagi. ...
Kan.. Adalah tu kena ugut Benda2 yg memalukan.. Kesian perempuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada ....
siap ada yang mengganas kat kawasan rumah ...
KUCHING: Orang ramai perlu menghubungi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) atau meminta bantuan pihak berkuasa jika terlihat kelibat buaya berdekatan kawasan kediaman mereka ketika banjir dan bukannya mengambil video serta menularkannya.
Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata ketika beberapa daerah di negeri ini dilanda banjir, perbuatan menularkan video tersebut boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk mengenai ancaman buaya semasa bencana.
“Jika mempunyai sebarang aduan mengenai ancaman buaya, orang ramai boleh menghubungi pihak Pengawal Hidupan Liar SFC di talian 019-885 9996 untuk Kuching, 019- 888 3561 (Sibu), 019-833 2737 (Bintulu) atau 019-829 0994 (Miri),” katanya kepada Bernama pada Khamis.
Menurutnya dalam kes tular terbaru mengenai kemunculan buaya, SFC mendapati video tersebut adalah video lama yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Kita (SFC) ada menerima laporan orang ramai … ada yang mengatakan kejadian itu di Kampung Nombor 4, ada yang kata Kampung Nombor 5, di Petra Jaya dan di Lutong, Miri, maka kita pun mengarahkan pasukan ke tempat kejadian tetapi bila sampai di situ tiada apa-apa,” katanya.
Ketika beberapa daerah di negeri ini dilanda banjir susulan hujan lebat yang berpanjangan, beliau berkata kemungkinan buaya muncul di kawasan perkampungan atau perumahan yang dinaiki air boleh berlaku disebabkan ia cuba mencari sumber makanan serta mengelakkan daripada arus air sungai yang deras.
“Bila melihat kelibat buaya, jangan risau, buaya tidak akan terus menganggu manusia. Segeralah lapor kepada pihak SFC, kita akan meletakkan tanda bahaya di kawasan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penduduk mendekati kawasan itu,” katanya.
Zolkipli berkata krisis kehidupan antara manusia dan buaya sememangnya sudah lama wujud, namun manusia perlu belajar untuk menerima hubungan yang ‘harmoni’ tersebut sambil menjaga keselamatan diri.
Menurutnya SFC telah memulakan program 3M yang bermaksud Memahami, Mengenali dan Memulihara untuk mendidik masyarakat memahami dengan lebih baik bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan kehadiran buaya.
“Buaya adalah haiwan liar dan tidak mungkin sesiapa dapat menjamin tiada buaya di dalam sungai. Itulah sebabnya ada pepatah ‘lubuk yang tenang jangan disangka tiada buaya’, ” katanya. - BERNAMA
oleh
Zaphne Philip
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu .. kita baca dari sebelah pihak ...
tak tau lagi cerita sebelah sana ...
apa2 pun ... harap d temui la ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau gambar lama ke gambar baru ...
kalo terserempak ... mau
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING: Operasi hari ini belum menemui sebarang petunjuk mangsa yang dikatakan terjun untuk menyelamatkan seorang wanita.
Ditemui RTM, beliau menyatakan radius carian sehingga 17 kilometer memandangkan air lebih ke hilir selain turut meminta bantuan penduduk di pinggir sungai untuk memaklumkan kepada pihaknya jika menemui mangsa.
Dalam kejadian berkenaan, wanita yang ingin diselamatkan mangsa itu berjaya diselamatkan pekerja kapal.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dah d jumpai ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah ...
KUCHING: Pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat menjumpai mayat hanyut sekitar jam 12.05 tengah hari tadi.
Mangsa Awangku Sahiful bin Awangku Sazali 33, ditemui di lokasi berhampiran Pangkalan Hj. Lajim, Kg. No.6, iaitu pada jarak 2.5km dari lokasi mangsa dipercayai hilang.
Komander Operasi yang juga Ketua Zon 1 Sarawak PgKB I Yusri bin Basri berkata, mayat mangsa telah disahkan oleh pihak keluarga mangsa.
Menurutnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
"Setelah selesai menyerahkan mangsa, operasi ditamatkan pada jam 1255," katanya.
Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa
Awangku Sahiful Awangku Sazali hilang selepas cuba menyelamatkan teman wanitanya yang dipercayai terjun ke dalam sungai Sarawak.
Bagaimanapun, Zai Erni Zainalabidin berusia 27 tahun itu telah diselamatkan oleh pekerja pembinaan jambatan gantung.
Sementara itu, operasi SAR hari ini
menggunakan teknik pencarian (surface searching).
Pasukan SAR dibahagikan kepada 2 sektor menggunakan bot masing-masing di sekitar kawasan mangsa dipercayai hilang sehingga ke jarak radius 16km.
Pasukan SAR terdiri Bomba, PDRM, PDRM (Marin) dan APM.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|