Bau yang kuat boleh mengingatkan kita kepada seseorang dan sesuatu kerana saraf yang menghubungkan hidung terletak berhampiran dengan amygdala iaitu kawasan otak yang menghubungkan emosi dengan ingatan.
Kredit foto: Odisi
Disebabkan itu, Katie Apalategui mendapat inspirasi untuk mencipta minyak wangi daripada bau orang yang telah tiada.
Idea tercetus selepas ibunya yang masih menyimpan sarung bantal mendiang bapanya kerana ia memiliki bau mendiang membuatkan memori bersama bapanya itu kekal segar dalam ingatan.
Dengan kerjasama seorang saintis dari Universiti Le Havre, bau tersebut dihasilkan dengan mengambil pati dari molekul yang ada pada pakaian, kemudiannya dijadikan pewangi selepas empat hari pemprosesan, dan dijual pada harga sekitar ASD600 (sekitar RM2422).
Katie bersama anak lelakinya
Kredit foto: Odisi
“Kami ke rumah pengebumian untuk menawarkan kepada keluarga sebuah kotak kecil berisi botol bau yang telah kami ambil dari sekeping bahan yang disediakan mereka.
"Ada kaitan kuat antara bau dan ingatan, yang sama seperti foto, video dan kenangan lain dan dapat memberikan kenangan buat yang masih hidup," katanya dipetik Mirror.
Sumber: Era.je |