Di Instagram, Menteri Kewangan Negara, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediamannya.
Ini kerana, beliau merupakan salah seorang kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19.
Oleh sebab itu, beliau perlu mengasingkan diri daripada orang lain termasuklah ahli keluarga walaupun ujian saringan menunjukkan dirinya negatif wabak berkenaan.
Posting yang dimuat naik Tengku Zafrul di Instagram itu turut mendapat perhatian ramai apabila beliau berkongsi sepucuk surat tulisan tangan daripada anaknya berusia 7 tahun.
Jelas beliau, anaknya iaitu Zahira menyatakan rasa rindu dan sayang terhadapnya apabila mereka terpaksa tinggal berasingan. Zahira turut melukis gambar hati dengan menulis ‘I love you papa’ di dalam hati tersebut.
Kredit foto: IG Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menjalani kuarantin sejak beberapa hari lepas dan beliau dipercayai hanya bekerja dari rumah tanpa berinteraksi secara bersemuka dengan orang luar dan ahli keluarga. Beliau dijangka mengakhiri tempoh kuarantin kendiri ini sekitar 19 Januari 2021.
Sumber: OhBulan |