CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2806|Reply: 19

Wali silap tersebut nama kembar

[Copy link]
Post time 15-1-2021 03:19 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Pengantin perempuan cemas, wali silap sebut nama kembar
SYAIRAH ABDUL LAJIS | | 15 Januari 2021


KUALA LUMPUR - Bakal pengantin perempuan cemas seketika apabila walinya silap menyebut nama kembarnya dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Al Mukhlisin di sini pada Rabu.

Bagaimanapun Amira Farra Zulfihar, 25, sah menjadi isteri kepada Khairul Anuar Sabli, 30 pada jam 4.25 petang dengan berwalikan datuknya, Abd Rahim Awaludin, 84 tahun setelah bapa kandungnya meninggal dunia lima tahun lalu.

Farra berkata, ketika majlis akan nikah, datuknya tersilap menyebut nama kembarnya, Amira Sara kerana terlalu gementar.

"Jadi bila saya dengar atuk silap sebut nama kembar, berderau darah dan rasa nak gugur jantung, selain tangan turut berpeluh, itu yang tangan saya jadi 'kipas'.

"Sebab jika di rumah, atuk selalu panggil kakak, adik sahaja. Mungkin bila sebut nama, atuk keliru, gementar. Lagipun kebetulan kembar duduk bersebelahan dengan saya, itu yang atuk tersasul," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Farra yang juga seorang doktor tidak menyangka rakaman video yang dimuat naik di Twitter menarik perhatian orang ramai hingga tular.

"Memang tak sangka viral, saya hanya rasa kelakar kerana atuk silap nama.

"Suami pun sedar kesilapan itu. Bila dapat tahu silap, imam pun tegur dan ulang semula ijab kabul," ujarnya.

Pasangan mempelai ini mengambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan pada 12 Januari berbanding perancangan asal pada 21 Januari setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor berkuat kuasa 13 Januari.

"Bila dapat tahu Selangor akan laksana PKP, kami buat keputusan untuk cepatkan tarikh nikah, memang sudah tidak boleh buat apa.

"Waktu itu baju nikah saya belum siap hanya baju nikah suami sahaja yang dah ada. Jadi mahu atau tidak, saya teruskan sahaja baju sedia ada. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan itu sebenarnya yang saya mahukan.

"Majlis yang berlangsung pun tidak lama, dalam 25 minit hingga 30 minit kerana PKP Bersyarat," katanya telah mengenali suami sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, anak sulung dari tiga beradik itu berharap orang ramai terus mendoakan kesejahteraan datuk dan keluarganya.

Sejak Khamis, video majlis pernikahan Farra berdurasi 14 saat itu telah tular dengan lebih 249,000 tontonan dan meraih 12,000 ciapan serta ratusan komen dari warga maya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2021 03:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:27 PM | Show all posts
huhuh.... anak kembar iols pun dok panggil abg n adik je...

nak panggil nama kadang tersasul... padahal anak sulung elok je panggil nama...

padahal umur 34 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
I dari dulu heran btol org yg ada anak kembar suka letak nama hampir2 ni..selalunya beza huruf je..jarang sungguh nak jumpa yg nama beza jauh..contoh: Hawa, sorang kembar lagi mesti Hana...kot la nak letak: Hawa, pastu kembar sorang lagi Anita ke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 07:02 PM | Show all posts
Nasib dapat pak imam dan bakal suami jenis alert selamat situasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 07:05 PM | Show all posts
letak nama mcm2
last2 panggil adik, kakak
along, angah ja

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..come je Pengantin perempuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:56 PM | Show all posts
xfasal-fasal lelaki idaman jadi milik saudara kembar ,mahu xmeraung nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 10:07 PM | Show all posts
Nasib baik semua oarang perasaan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:41 AM | Show all posts
Yg prmpuan bru 25, llaki bru 30 thun. Untung lh dh dpt jodoh, xpyh susah hti nak fkirkn psl jodoh lgi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:05 PM | Show all posts
neves..ayah den pun tersasul gak masa jd wali..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnye...haha..pnye la panik adik n kakak tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:06 AM | Show all posts
Kalau tidak, bini si adik lah yek hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:49 AM | Show all posts
atuk2 mmg le camtu...anak2 sedara i my dad slalu je sebut nm salah huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip: I dari dulu heran btol org yg ada anak kembar suka letak nama hampir2 ni..selalunya beza huruf je..jarang sungguh nak jumpa yg nama beza jauh..contoh: ...



Chuols x jumpa lagi yg anak 4-5 orang bukan kembar pun nama senada seirama tukar 1-2 huruf ja yach. Ampunnnn aku nak hafal nama anak masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 18-1-2021 01:06 AM
Kalau tidak, bini si adik lah yek hahahha

Pengarah drama sendu boleh produce drama “suamiku bekas bakal iparku”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 01:40 PM | Show all posts
plot twist - si pengantin laki pun jawab akad tu dengan nama si kembar tu. maka kawen la mereka, hingga ke jannah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip: I dari dulu heran btol org yg ada anak kembar suka letak nama hampir2 ni..selalunya beza huruf je..jarang sungguh nak jumpa yg nama beza jauh..contoh: ...

Anak saudara kembar Aisyah dan Zubaidah

A to Z
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 03:47 PM | Show all posts
Haha ni lebih kurang la masa cousin kawen.
Kakak nama Hamizah, adik Azimah
Dah abah salah sebut nama si adik nasib pengantin laki sedar
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 11:51 AM | Show all posts
takut betul tdia hahahahaa takut kembarnya nikah dgn bf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.062962 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list