Video pembatalan majlis pernikahan satu pasangan di Jawa Barat tular di media sosial. - Facebook
JAKARTA – Impian sepasang kekasih di Jawa Barat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian gara-gara pengantin lelaki terlupa membawa mas kahwin.
Menurut laporan Suara.com hari ini, video pasangan pengantin dari Bandar Bekasi itu tular di akaun Facebook Official Trans7 sejak kelmarin.
Menurut persetujuan kedua-dua belah pihak, pengantin lelaki berjanji membawa mas kahwin berupa emas seberat 10 gram dan sejumlah wang tunai.
Namun ketika pasangan itu sudah bersiap sedia di hadapan jurunikah, dua perkara itu tidak disertakan sekali.
“Lelaki ini berjanji memberikan mas kahwin berupa emas seberat 10 gram kepada bakal isterinya. Sekarang kami sudah malu jadi batalkan sahaja pernikahan ini,” kata Tinggal, bapa pengantin perempuan.
Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Dewi pula hanya menurut arahan keluarganya dan setuju pernikahan tidak diteruskan.
“Tidak mengapa, batalkan sahaja,” katanya.
Kekecohan yang timbul akibat pertengkaran dua buah keluarga itu berjaya dileraikan apabila pihak polis tiba di lokasi perkahwinan. – Agensi
Post time 16-1-2021 10:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Benda yang paling jadi sebutan dan penting sekali tu yg lupa? Ke takda sebenarnya.
Bese pihak rombongan mesti nk gerak.tu.dah saling ingat2kan. Pegang elok2. Herlokla batal
Pernah berpuluh tahun dulu jadi kat seorang pekerja my dad...
Tapi bukan lupa, dah nak kahwin duitnya tak cukup.
Boleh gitu lagi 3-4 hari kot nak nikah duit hantaran tak cukup...
Tahun 90an hantaran RM8k, yang perempuan entah kerja apa...
So si bapa perempuan ni sampai ke rumah kami jumpa my dad minta pinjam duit hantaran...
Entah apa kaitannya eh... my dad marah la kat pekerja tu..
Ko yang nak kahwin apasal company yang nak kena tanggung?