Enggan melihat isterinya menangkis cemuhan masyarakat seorang diri, akhirnya Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar bersedia ditemu bual bagi menamatkan spekulasi tidak benar, selain berkongsi detik perkahwinannya dengan dengan pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil.
"Sebenarnya, perkahwinan ini bukanlah rahsia kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga dan teman baik sudah mengetahuinya. Saya tak pernah anggap berita ini sebagai kejutan. Cuma, kami memilih untuk tidak menghebahkannya. Siapa yang tahu, tahulah...
"Justeru, saya anggap itu adalah satu hikmah yang menandakan sudah masanya untuk kami berkongsi status perkahwinan ini kepada khalayak apabila anak saya mendedahkannya dalam Twitter.
"Selain mencari masa sesuai, tujuan tidak terlalu menghebohkan perkahwinan ini kerana mahu menjaga hati isteri pertama," katanya ketika ditemu bual menerusi program kapsul hiburan BHTV, Apa Kes?, baru-baru ini.
Dalam temu bual eksklusif itu, Syed Osman yang juga Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud bersikap jujur apabila mengakui majlis pernikahan yang berlangsung pada 17 Februari 2019 itu dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama.
"Awalnya, isteri pertama agak sukar menerima hakikat ini, tetapi berkat doa yang dipanjatkan, akhirnya dia dan anak-anak boleh menerimanya. Saya membawa mereka bertemu dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan.
"Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan baik dan saya bersyukur kerana Allah mengaturnya dengan begitu cantik," ujar lelaki berusia 55 tahun itu.
Kredit foto: BH Online
Dalam temu bual sebelum ini, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil berkongsi detik awal perkenalannya dengan suami bermula pada 2013. Namun, waktu itu, ia tidak membabitkan soal hati dan perasaan kerana suaminya itu berminat membeli keretanya.
Namun, jodoh mereka kuat apabila bertemu semula selepas enam tahun. Mereka hanya mengambil masa selama lima minggu untuk membuat keputusan menghalalkan hubungan dengan ikatan yang sah.
"Kali pertama saya bertemu dengan Ziela pada 2013 atas tujuan mahu membeli keretanya. Saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan kereta dan uji pandu. Saya setuju membelinya memandangkan keadaan kenderaan ini dijaga rapi dan jenis yang saya inginkan.
"Dan selepas itu, kami banyak bertemu dalam majlis agama dan saya pernah mengendalikan majlis tahlil untuk arwah suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Saya mengenali Ziela sebagai selebriti yang sudah berhijrah. Beliau juga ada asas dalam pengetahuan agama, itulah yang membuatkan saya tertarik padanya.
"Mungkin orang luar melihat keputusan bernikah selepas lima minggu berkenalan sebagai tindakan terburu-buru. Saya sendiri tidak menyangka ia berlaku secepat ini, tetapi itulah dinamakan takdir dan jodoh," ungkapnya.
Kredit foto: Twitter
Sebagai seorang yang mengamalkan poligami, Syed Osman berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuknya. Namun, itu juga bukanlah alasan untuknya tidak berlaku adil dalam melunaskan kewajipan terhadap kedua-dua isteri.
"oligami adalah perkara paling mulia. Tak dinafikan, agak sukar menjadi seorang yang sempurna, tetapi saya akan melakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah. Apa yang pasti, hati kedua-duanya isteri perlu dijaga. Justeru, saya perlu bersikap jujur dengan mereka.
"Saya akui, rumah tangga juga ada pasang dan surut apabila memiliki dua isteri. Tetapi, saya berpegang teguh pada pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
"Ini pengalaman pertama saya berpoligami dan masih dalam proses pembelajaran. Saya hanya berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan untuk melayari bahtera perkahwinan bersama dua isteri. Alhamdulillah, mereka amat memahami perasaan saya," luah Syed Osman.
Meskipun berbeza bidang, namun Syed Osman berkata, dia tidak sesekali menyekat Ziela yang juga pemilik syarikat produksi, Pena Creative Sdn Bhd untuk terus aktif dalam dunia seni, yang penting kena tahu menjaga batasan selepas bergelar isteri.
Post time 18-1-2021 01:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
2tahun ko senyap je.. Now pung pang pung pang.. Cakap jela guilty conscious ko nak justify your action sbb mmg ko tak patut pon extend masjid dengan suami orang ZJ
Semoga Anakmu juga mendapat extended masjid tidak lama lagi.. Amin
Adopted your own words, poligami perkara paling molia khuensss
Post time 18-1-2021 01:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited
2tahun korg senyap je.. Now pung pang pung pang.. Cakap jela guilty conscious ko nak justify your action sbb mmg ko tak patut pon extend masjid tanpa 1st wife tahu
Semoga Anak si ZJ ni juga mendapat extended masjid tidak lama lagi.. Amin
Adopted your own words, poligami perkara paling molia khuensss
Post time 18-1-2021 01:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lagi ko sembang
Lagi byk aib sendiri terkeluar
Cakap pasal myob.. Hari ini hari org etc..jangan kutuk la etc tp ko sendiri xboleh move on
Sampai panggil kelempok utk buat paid interview nk justify statement.
Tak cukup berjela explained kt ig twitter, dah buat damage control via ank tiri pon tetaplaaa nk buat interview
sendiri buat perangai xmatang.. Cakap jela ko bitter.. Semoga cepat bercerai.. Nampak sgt ko mmg sejenis homewrecker
Sorry la.. Kaka menyampah tgk slut yang acah alim mcm ni
Post time 18-1-2021 02:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mulia kepala acik ko la. Alasan lelaki je tu.
Poligami ni tak kan bolehnya lelaki nak adil. Nak uruskan satu keluarga pun dah banyak pasang surutnya, inikan nak urus dua keluarga. Adil pak hang.
Bagi acik,
Bahagia poligami ni bukan sebab lelaki yang adil.
Tapi bahagianya poligami, dengan adanya dua wanita (atau 4) yang sentiasa beralah, makan hati, memendam rasa.
Ayang ok ke? Ok je.. Padahalll.. Menjeruk la perasaan sendiri sampai liang lahad. Depan suami muka senyum, buat2 normal.
Cik abang kau ok? Hatiku parah parah papaparahparahhh keranamuuu
Post time 18-1-2021 04:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kawin ràhsia ke..first wife tak tau..patut la anak tiri buat gtu. Acik2 yg ngutuk anak tiri dia kunun hadap offer berlakon aritu sediakan kneepad ya...