Jasmine Suraya bersedia untuk melakonkan babak panas dalam mana-mana drama atau filem sekiranya diberi peluang.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh pelakon yang kini popular menerusi drama Bidadari Salju itu dalam segmen soal jawab bersama pengikut Instagramnya.
Jawapan tersebut diberikan selepas seorang pengikut bertanyakan soalan: “Saya terfikir sama ada awak sanggup melakukan babak panas dalam drama atau filem.”
Jawab pemilik nama penuh Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu, dia bersedia melakukan aksi tersebut sekiranya babak berkenaan wajar dipersembahkan kepada penonton dalam sesebuah drama atau filem.
Kredit foto: IG Jasmine
“Ya, saya akan lakukan sekiranya babak tersebut wajar dan memberi impak terhadap jalan cerita,” tulisnya.
Lebih mencetuskan kehangatan, pelakon berusia 32 tahun itu turut memilih pelakon kacak Remy Ishak sebagai pasangan untuk melakonkan babak panas berkenaan.
“Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih Remy untuk menjayakan babak tersebut dengan saya,” katanya ringkas.
Kredit foto: IG Jasmine/Remy
Baru-baru ini, lakonan Jasmine sebagai watak penggoda bernama Jeannie dalam Bidadari Salju antara yang memberi impak sehingga dia menerima ugutan bunuh dan disimbah asid daripada penonton drama berkenaan.
Bidadari Salju yang kini hangat ditayangkan dalam slot Akasia TV3 turut membariskan Sweet Qismina dan Adam Lee sebagai teraju utama.
Terdahulu, Jasmine merupakan pelakon berbangsa Cina yang sering diberikan watak sebagai wanita Melayu dalam kebanyakan drama dan filem.
Sumber: K! ONLINE
|