View: 13826|Reply: 91
|
"Saya Malas Nak Layan Lebih-lebih" - Aloy Nak Jumpa, Tampar Ogy
[Copy link]
|
|
Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan kembali apabila penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Senandung, Aloy Paradoks mendedahkan masih belum menerima baki bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud.
Kredit foto: IG
Tampil membuka mulut mengenai isu itu, Fauziah atau mesra dengan panggilan Ogy berkata, dia tidak pernah lupa atau lari dari membayar hutang.
Ujarnya, dia berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Malaslah nak cakap yang saya bayar hutang. Saya tak cerita pada orang pun. Takkan saya nak melayan sahaja apa dia nak menulis.
“Saya bayar kepada rakan kongsinya, Rayza Mukmin. Itu tak perlulah saya nak ceritakan kepada semua orang. Ya, saya mengaku belum habis bayar untuk dia, tapi yang lainnya ramai yang saya sudah habis bayar.
"Yang penting saya bayar, bukannya saya lari atau tukar nombor telefon. Saya nak lari ke mana?” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Ogy juga memaklumkan dia keluar dari kumpulan WhatsApp yang diwujudkan khas untuk teater berkenaan.
Kredit foto: The Vocket
Bagaimanapun, dia enggan melayan mesej yang keluarkan penulis teater terbabit.
“Tapi, mungkin dia (Aloy) gemar cara begitu, biarkanlah. Saya pun tak kuasa melayan.
"Tak baguslah dia bermusuh sesama Melayu dan Islam kerana duit. Lagipun saya memang berurusan dengan rakan kongsinya. Saya dah cakap, apa-apa saya akan bayar kepada dia.
“Saya malas nak melayan lebih-lebih kerana dalam kumpulan WhatsApp pun Aloy ada keluarkan perkataan, tunggu saja nak jumpa nak tampar. Saya buat tangkap layar, tunjuk kepada Rayza dan kata perlukah bercakap dengan orang tua begini?” ujarnya.
BACA JUGA: PKP Bertemu PKP, Kak Ogy Belum Setel Hutang Lagi - "Dia Memang Handal"
Terdahulu, Aloy meluahkan rasa kesal walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, namun bayaran masih belum diselesaikan.
Sumber: RotiKaya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kau reply ke tak msg dia tu, kau diam sokmo. mmg lah panas member. kau dah berhutang. pastu buat2 letak nama islam mcm tu. kau dah hutang. tah dia ada duit ke tidak ke. faham lah keadaan org lain juga. jgn fikir kau je. aniaya org mcm ni. dosa berhutang tahu tak mcm mana. |
|
|
|
|
|
|
|
sembang pandainyaerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
elok tampar je skali..
baru die tahu..
dh terduduk pun..statement nk kerek lg..
mentang2 la org tu..nobody pd media..
|
|
|
|
|
|
|
|
"Tak baguslah dia bermusuh sesama Melayu dan Islam kerana duit. aku benci orang guna statement sesama islam sesama melayu ni... sebab orang camni la yang ramai mempergunakan kepercayaan tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hamboih, bila taim ko, manjang ugut nak saman. Orang slalu cakap, kalau melampau sangat hidup, all it takes ialah jumpa buku dengan ruas, sekali pun cukup lah. |
|
|
|
|
|
|
|
tu ari tak silap ade nmpak dia post yg sambal saadiah dia tu dah dikomersialkan, siap ade kilang nak proses bagai. Tertanye-tanye gak mana dia dapat modal. Patut dulukan hutang baru lar ko pk nak kembangkan bisnes....
Habis lar busuk teruk nama dia dihujung2 nie... |
|
|
|
|
|
|
|
"Tak baguslah dia bermusuh sesama Melayu dan Islam kerana duit. Lagipun saya memang berurusan dengan rakan kongsinya. Saya dah cakap, apa-apa saya akan bayar kepada dia.\
cuba ko bermusuh dgn along cina kafir kerana duit, tgk ko hidup lagi ke tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
meluat aku dengan nenek suara nyaring nih |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak dekat kak ogy
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab dia, jgn bermusuh sbb duit lah apa lah.
Bayar duit org tu, settle. org tu pn diam.
Dah mmg sah2 ko berhutang, pastu buat senyap. Spa x mrh oii.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak Ogy bila nak bagi balik duit konsert Khai Bahar? kesian taw peminat Khai nak tengok konsert tu buat diam pulak...dpt ke khai lagi lah khai diam sbb tak suka cari gaduh.. tapi itula peminat khai ramai teraniaya... buat ke tak? drpd lps PKP pon buat diam ni dah PKP lagi diam... |
|
|
|
|
|
|
|
Nahai poster
Penuh muka sendiri je
Nampak sangatla hai |
|
|
|
|
|
|
|
teater?
hahahahhahahahhahahahahhahaa |
|
|
|
|
|
|
|
cuba kalau time ko org tak bayar duit ? aku rse lebih dr tu ko akan meroyan makcik. sbb ko tu org tk kacau pon royan kuat |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dengar, sambal kak ogy sedap yakmat..so, harap hasil jualan bulan bulan mendatang ni terus lah bank in kat aloy ye. Takyah la berurusan dengan si membernya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
depresio replied at 18-1-2021 11:37 AM
Nahai poster
Penuh muka sendiri je
Nampak sangatla hai
Diri dia adalah tarikan sebenar teater ittew. Tajuk teater pun tak penting. Belakang kira. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayar je la hutang. Memalukan nama saadiah je anak tak reti bayar hutang dah bertaun tak habis2. |
|
|
|
|
|
|
|
Daftpunk_shine replied at 18-1-2021 11:54 AM
Diri dia adalah tarikan sebenar teater ittew. Tajuk teater pun tak penting. Belakang kira.
Perasannya lahai
Padahal teater tu yg ada mufti perlis tu kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|