SRI AMAN – Pasukan Batalion ke 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah membantu penduduk Kampung Hilir, Sri Aman membersihkan sisa rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran pada Sabtu 16 Januari 2021 dan persekitaran kampong yang terjejas akibat banjir.
Seorang Pegawai dan 16 anggota lain-lain pangkat bersama-sama penduduk kampong bergotong-royong bermula jam 2.00 petang membersihkan sisa kebakaran 4 buah rumah penduduk kampung dalam kejadian tanpa melibatkan sebarang kehilangan nyawa.
Kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dan selesai pada jam 5.00 petang. Pasukan 13 RAMD turut merancang untuk berkunjung sekali lagi ke kampung tersebut pada esok 19 Januari 2021 bagi menyampaikan sumbangan barangan makanan dan juga pakaian terpakai kepada semua mangsa banjir dan kebakaran tersebut.
Tentera Darat senantiasa komited dan sedia membantu pihak berkuasa awam mahupun rakyat yang memerlukan bantuan seiring dengan Perintah Ulung PTD ke-28 dalam Tonggak Kelima yang menekankan peningkatan hubungan Tentera Darat dengan pihak awam.