Antara kegagalan terbesar pihak berwajib dalam menangani kesan daripada pandemik Covid-19 adalah pendidikan anak-anak Malaysia.
Sudahlah tahun 2020 hanya mencatatkan beberapa bulan persekolahan sahaja, tahun ini juga menunjukkan petanda yang sama.
Sementelah lagi prosedur SOP yang bertukar-tukar membuatkan ibu bapa dan guru menjadi bingung. Lebih-lebih lagi, pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tampak masih keliru dengan situasi ini.
Lebih dasyat, ada pelajar yang terasa mahu bunuh diri kerana bebanan ini. Apa yang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh lakukan?
Foto :
Menurut Dr Mathen yang berinteraksi dengan pelajar-pelajar ini menerusi media sosialnya, ramai meluahkan perasaan terkilan di atas kejadian yang menimpa mereka.
Dalam situasi genting sebegini serta tambahan masalah lain seperti banjir di sesetengah negeri, gangguan Internet dan paling penting SOP yang tidak jelas membuatkan golongan ini berasa tertekan.
Foto : twitter
Di ruangan komen, pelajar sendiri turut menyuarakan kepenatan mereka menangani isu sebegini.
Foto : twitter
Foto : Utusan
Dengan situasi yang masih belum nampak tanda-tanda untuk pulih, apa yang KPM boleh lakukan?
Atau soalan yang lebih jelas, apa yang boleh kita bantu anak-anak pewaris generasi Malaysia ini dalam menghadapi tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini? Boleh kongsikan? - CARI
|