|
48 warga polis jalani saringan susulan jurugambarnya disahkan positif
SIBU: Seramai 48 warga kerja anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Balai Polis Sentral Sibu telah menjalani ujian calitan Covid-19, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mereka terdiri daripada pegawai, anggota dan kakitangan pentadbiran.
Menurutnya, ia susulan selepas seorang jurugambar pasukan polis Sibu di Balai Polis Sentral Sibu disahkan positif Covid-19.
"Ujian diadakan hari ini di Balai Polis Sentral Sibu juga t melibatkan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Trafik dan Tugas Am.
Tambah Stanley, sampel anggota terbabit diambil pada 12/1/2021 di Stadium Tertutup Sibu.
"'Penjejakan dilakukan secara menyeluruh di bangunan Balai Polis Sentral Sibu termasuk Pejabat JSJ, Sibu," kata beliau.
Hari ini kes positif Covid-19 di Sibu terus melonjak naik dan Kluster Pasai menambah 90 kes lagi di seluruh Sarawak.
Oleh Nurhauni Lee Abdullah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|