View: 2844|Reply: 16
|
“Kahwin Bukan Macam Main Pondok-Pondok” -Peguam Dedah Akibat Buruk Nikah Siam
[Copy link]
|
|
Kata orang, kalau dah sayang semua kuturutkan. Masa bercinta semuanya indah, sempadan negara pun sanggup kuredah. Tapi banyak wanita lupa, kahwin itu bukan soal bahagia semata. Ia soal tanggungjawab dan amanah.
Mana tanggungjawabnya kalau urusan pendaftaran kahwin dibuat main? Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh peguam syarie Amirul Akmal menerusi ciapan beliau di Twitter.
Terpanggil untuk memberikan kesedaran terhadap akibat tidak mendaftarkan perkahwinan, beliau telah menerangkan hak-hak yang tidak layak dituntut dalam perkahwinan begini.
Peguam Amirul Akmal, Kredit foto: Google
“Wanita-wanita di luar sana. Berhati-hati dan beringatlah sebelum nasi jadi bubur. Malaysia negara yang ada undang-undang. Hal nikah kahwin ni bukan hal nikah kahwin pondok-pondok tapi ada kesan jangka panjang yang berlaku jika nikah luar negara dan tak daftarkan nikah dalam Malaysia.
Kalau nak nikah Siam atau mana-mana ke, pastikan balik Malaysia anda daftarkan pernikahan anda mengikut prosedur dan tatacara yg ditetapkan oleh setiap negeri.
Undang-undang yang ada bukan nak susahkan anda, tetapi sebenarnya untuk jaga hak anda semua juga di masa hadapan.
Kalau nikah di Siam atau luar negara dan tidak didaftarkan di Malaysia, pernikahan tersebut dikira TIDAK ADA dan TIDAK WUJUD.
Kredit foto: Hellodoktor.com
Apa jadi kalau nikah tu tak dikira wujud di dalam undang-undang? Ketahuilah kaum wanita, anda tak layak sama sekali untuk menuntut hak-hak di bawah ini:
1) Anda tak boleh tuntut cerai sebab nikah tu tak sah ikut undang-undang. Jadi anda kena sahkan nikah dulu.
2) Anda tak boleh tuntut hak harta sepencarian.
3) Anda tak boleh tuntut hak penjagaan anak.
4) Anda tak boleh tuntut tunggakan nafkah.
5) Anda tak boleh tuntut nafkah iddah.
6) Anda tak boleh tuntut hutang perkahwinan jika ada.
7) Kalau suami meninggal, anda TIADA HAK LANGSUNG nak minta bahagian faraid.
8) Kalau suami lafaz cerai luar mahkamah, anda tiada hak nak sahkan lafaz tu dan ditinggalkan GANTUNG TAK BERTALI.
Kalau ada anak, apa kesannya pada anak?
1) Anak tak layak dapat bahagian faraid jika suami meninggal.
2) Anak tak layak pakai nama ayah dalam sijil lahir.
3) Anak tak layak tuntut hak nafkah anak.
Jadi berhati-hatilah, jangan jadi mangsa lelaki yang hanya nak puaskan kehendak nafsu sahaja. Kalau nak nikah Siam sekali pun, pastikan nikah dengan orang yang bertauliah dan balik ke sini untuk sahkan. Biar susah dahulu senang kemudian. Jangan sampai macam kes ini.
Dah nikah suami tak daftar, suami lafaz cerai luar macam cerai pondok-pondok, kemudian rampas anak yang masih kecil dan hilang hak untuk berjumpa. Jangan memperjudikan hak anda jika anda sayang dengan diri sndiri dan anak-anak.
Kepada para lelaki kalau nak nikah takda duit, boleh nikah kecil-kecilan dan bincang elok-elok, insyaAllah akan ada penyelesaian. Janganlah jadi lelaki yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. -CARI
Sumber: Nona |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
laki nikah siam ni majoriti buaya darat + biawak hidup = contoh tengku jalal dah nikah siam sibuk pergi cikcur kt jepun dengan gundik2 baharu dia |
|
|
|
|
|
|
|
eh status anak mcmn kalau parents tak daftar nikah kat malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
kan... tertanya jugak. sbb dr hukum syarak patut anak tu sah la. sbb dorg dah nikah ikut undang2 islam, cuma tak ikut undang2 malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda: eh status anak mcmn kalau parents tak daftar nikah kat malaysia?
I kahwin songkhla. Status anak biasa kalau anak girat dia bg letak nama bapa, anak kedua dia tak bagi chance dia suh register even anak tu halal. Ke nasaban under JPN. Kat malaysia je la. Mcm i anak kedua nk register surat beranak dia suh register nikah dlu selepas 5 tahun nikah. So sementara tu dia letak la bin/binti Abdullah, pas dah register tukar. So kalau nak kawen sana, boleh. Tp register la. Mcm i, i kawen sana sbb bapa i susah nak jd wali, dia malas nak amik tau. Jd i kawen sendiri je. Husband bujang, i single mom. So takde kacau rumahtangga or hidup sapa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Potato_kering: I kahwin songkhla. Status anak biasa kalau anak girat dia bg letak nama bapa, anak kedua dia tak bagi chance dia suh register even anak tu halal. Ke n ... anak first** |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan Aku MCM ni...anak tiga org bin Abdullah..nikah Siam...padahal bujang je dua2...sampai sekarang tk settle ..lagi KES covid ni Kan.......Aku ckp doa laki ko panjang umur kalau mati esok tp KES tak settle ko satu hapa tk boleh claim ...harta Sepencarian, EPF .sebba perkahwinan kat Siam ..belum di sahkan oleh pej agama sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah apply untuk register pun masih tak settle. birokrasi sungguh.Anak dah sampai 3 dah. Kesian kat anak2 tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ais_kosong replied at 22-1-2021 10:12 AM
Dah apply untuk register pun masih tak settle. birokrasi sungguh.Anak dah sampai 3 dah. Kesian kat ...
Patut la...pada Aku biar Kan susah...esok senang court msia BG perlepasan ..ramai la kawen kat Siam....nnti bila timbul masalah report pej agama ...Lepas nikah Siam..nikah Terus kat msia...utk dapatkan sijil nikah msia..jadi apa2 beranak tk berhenti anak2 Tu nasib terbela....tuntutan harta , pembhagian faraid..kot la laki mati dulu..jgn tunggu ank dh berderet court tk settle Masih tunggu lagi.....kwn Aku pun tk happy life dia kawen gitu membelakang Kan mak ayah dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kahwin kat siam sebab yang xboleh dielakkan aku boleh terima.
Tapi yang jenis ambil mudah nak kahwin no 2 3 4 tu aku xsetuju.
Kesian kat kawan kau tu. Tapi tu pilihan dia kan. So kena hadap. Perkahwinan bukan sentiasa happy
xkisah la nikah kat mana (Malaysia/Siam). Kesian kat anak2. Zaman cyberbully ni net akan tau kutuk ja.
Moga dipermudahkan urusan kawan kau tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
sape pulak tengku jalal,, iols terlepas bas. sapakah itu, ke watak create saje |
|
|
|
|
|
|
|
tengku jalal mmg wujud tp di alam fantasi forumer yang sembang kari kuat nipu
|
|
|
|
|
|
|
|
felinecat replied at 22-1-2021 12:06 PM
sape pulak tengku jalal,, iols terlepas bas. sapakah itu, ke watak create saje
Itula... Aku pon dok tertanya2 sbb dah 4 kali alu terjumpa tengku jalal ni pg ni saja di 4 post berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
ini kes 18 tahun duluada yg nikah kat siam kes suami org nikah anak dara
balik nak register tp laki dia kata banyak hal/procedure dan dia x tau laki dia buat atau tidak
cukup setahun beranak sorang, nak register jpn tapi xde surat nikah
laki dia pi bawak surat hospital tunjuk pejabat agama dan pejabat agama keluarkan 1 surat pengesahan pernikahan atas status sah dan boleh guna nama ayah, anak ke2 lahir selang setahun pun guna surat yg sama, lepasss
anak ketiga lahir lepas 2 taun drpd yg ke2, laki x register, bini dia buat keras hati nak suruh laki dia pergu register jugak sampai umur anak cukup 5 tahun, bini mengalah dan bini pergi settle buat surat beranak anak - lepas jugak sbb dokumen cukup serta kehulu kehilir bini tu pergi.
Nasib baik laki x guna nak datang pi angkat sumpah, settle.
Surat Nikah pergi settle punnnnn bini jugak kulukilir sbb dapat loyer penipu nama hapitmalaun kat forum ni jugak
ambik second loyer, sangkut sbb duit x cukup
last kali dengan boyfren baru, si bini pergi settlekan jugak surat nikah dia
laki dan bini dah bercerai ya sebelum bini carik boifren baru
maka berakhir lah cerita kenaifan seorang pompuan yg pi nikah kat siam sbb ingat laki dia betul2 nak jaga dan sayang dia
kawinlah kat mana sekali pun tp pastikan dgn manusia yg bertanggungjawab
anak2 dia semua dapat surat branak
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg pastinya kalau nikah kat malaysia pun ada possibility turun naik mahkamah bertaun2 jugak.
Dah tu laki boleh je kawin bini no 1 tak tau gitu, Allah tau udah la katayer.
Nikah kat siam tu nak halalkan ngesek je, tp kat malaysia ni kalau kena tangkap khalwat surah nikah siam tak laku katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dengan cuols.. Kena cari laki yang tau tanggungjawab dan nak bertanggungjawab.
Ada ke patut buat bini sampai mcm tu sekali. Tak fikir langsung kat nasib anak-anak sendiri.
Kalau rasa xmampu nak berbini lebih tapi nak bersedap ja cari pelacur. Ni buat aniaya anak orang
dan anak sendiri. Geram haih dengan kelaku laki mcm ni. Fikir diri sedap sendiri ja!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-1-2021 01:53 PM
tengku jalal mmg wujud tp di alam fantasi forumer yang sembang kari kuat nipu
Sapa?
Kasi pm iols |
|
|
|
|
|
|
| |
|