View: 2869|Reply: 7
|
Tampal Muka Di Badan Orang Lain, Awie Nak Saman Syarikat MLM
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat jualan langsung (MLM) yang menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan promosi tanpa pengetahuannya.
Kredit foto: IG Awie
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, syarikat yang dikenali sebagai AG Nutrition International itu menggunakan gambarnya di beberapa platform media sosial untuk mempromosikan produk mereka.
"Saya akan membuat tuntutan saman kepada syarikat itu kerana mereka menggunakan gambar dan nama saya untuk tujuan promosi produk mereka sedangkan saya tak tahu menahu mengenainya.
"Gambar yang digunakan di beberapa platform media sosial itu juga adalah gambar yang sudah disunting, menggunakan muka saya dan 'ditampal' di badan orang lain," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Awie, dia mendapat tahu mengenai penyalahgunaan gambarnya itu sejak sebulan lalu.
"Sejak sebulan lalu, bila ramai yang bertanya sama ada saya menyertai syarikat itu sebagai duta atau apa, saya mula rasa ragu-ragu dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan.
"erkara ini berlaku sejak zaman dahulu lagi. Tapi, bila ia kembali berlaku sekarang, saya rasa sudah tiba masanya saya bertindak tegas kerana apa yang mereka lakukan ini mengelirukan pengguna.
"Secara tak langsung, ia juga mencalarkan nama saya kerana saya tak tahu apa-apa mengenai produk ini atau pun syarikat berkenaan," katanya.
Peguamnya, Adnan Seman dan Tetuan Adman Sharida & Associated berkata, pihaknya sudah menghantar surat tuntutan kepada syarikat itu pada 6 Januari lalu.
"Kami sudah menghantar surat tuntutan, dan mereka membalas surat tuntutan itu pada 13 Januari, menafikan bahawa pihak mereka menggunakan gambar serta nama anak guam saya untuk tujuan promosi.
"Jadi, kami beri masa beberapa hari selepas sidang media ini dan sekiranya tidak ada sebarang maklum balas, pihak kami akan meneliti untuk membuat tuntutan saman," katanya.
Selain Awie, ada beberapa nama selebriti lain yang turut disenaraikan sebagai artis yang kononnya menggunakan produk mereka antaranya Riz Amin, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Jaafar Onn, Abon dan Noraniza Idris.
Awie ditemubual menerusi sidang media virtual yang berlangsung petang tadi di aplikasi Zoom.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat peristiwa beraya dekat rumah awie & dapat duit raya 50sen je. Tapi 50sen tu dah kira banyak masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
iolss try Google AG Nutrition International ni. terselit pic Amy Mastura n Nadia anak kak ton.
|
|
|
|
|
|
|
|
AG ni mcm MLM juga la kan...
tgk profile founder semua lelaki then pengalaman dalam network marketing, sorang tu jer ada banking.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols follow pseudoscience watch kata AG ni scam student2 |
|
|
|
|
|
|
|
produk mende la... elokla saman... |
|
|
|
|
|
|
|
ya..MLM jenis head hunting punya. sblm ni drg pyhtoscience rasanya.
aku tak kisah mlm ke apa, janji ada produk yang bagus cam tupperware tuh.
kalau setakat promot produk minuman sejenis, pastu beriya tunjuk duit masuk bnyk..toksah sembang la..
|
|
|
|
|
|
|
|
saman kan ajeeee
kwn meols yg kerja bapak segala bank tu pun selalu muka dia menghiasi segala jenis MLM
jgn memain dgn bapak bank ni, dorg ada department 'detektif conan' |
|
|
|
|
|
|
| |
|