CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2002|Reply: 2

Syarikat Produksi Yang 'Shooting' Luar Ibu Kota Diarah Pulang

[Copy link]
Post time 21-1-2021 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mencadangkan kepada syarikat produksi yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) supaya segera pulang ke ibu kota.  


Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, tindakan itu adalah untuk mengelakkan sebarang kesulitan.




Kredit foto: IG Ahmad Idham



"Finas mencadangkan kepada mana-mana syarikat produksi yang sedang menjalankan aktiviti penggambaran di negeri yang dikuatkuasakan PKPB untuk segera pulang ke ibu kota.

"Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kekangan dan kesulitan sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali negeri Sarawak berkuat kuasa pada 22 Januari ini," katanya.


Pihaknya juga sudah mendapatkan pencerahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkara itu.

"Untuk makluman, Finas melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sudah mendapatkan pencerahan daripada pihak MKN berhubung perkara itu.

"Oleh itu, Finas mengesyorkan kepada mana-mana syarikat produksi yang ingin melakukan perjalanan pulang membabitkan pergerakan rentas negeri perlulah mendapatkan kelulusan pergerakan  merentas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyertakan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) yang dikeluarkan oleh Finas sebagai dokumen sokongan," katanya.


Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan mengenai perlaksanaan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari ini.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Henti2lah shoot tu.. Sah2 korg2 x kn ikut abis SOP tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:36 AM | Show all posts
Perawankota replied at 22-1-2021 02:36 AM
Henti2lah shoot tu.. Sah2 korg2 x kn ikut abis SOP tu..

betul sangat tu.... hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.116376 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list