View: 1797|Reply: 11
|
Ibu Terdesak, Curi Makanan Dan Plaster Kebah Demam Untuk Anak
[Copy link]
|
|
Terdesak hingga sanggup mencuri makanan dan plaster untuk kebah demam bagi mengubati demam anaknya.
Itu kesusahan hidup seorang wanita hingga sanggup mencuri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam.
Bagaimanapun, sebaik menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri plaster untuk kebah demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.
Foto: Harian Metro
"Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan (plaster untuk kebah demam) sebab anaknya demam.
"Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini," katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.
"Susah-susah sangat mari balai polis, ini ada (plaster untuk kebah demam) untuk anak demam," katanya kepada wanita itu.
Menurutnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencabar semua pihak terutama golongan susah.
"KP ini banyak mencabar kita, ramai antara kita selalu buat aduan konon tidak boleh 'brain' (faham) kenapa polis buat roadblock (sekatan jalan raya) tutup jalan dan berlaku kesesakan.
"Sebenarnya, bukan tuan puan saja susah tetapi ada lagi yang lain (susah). Dalam PKP ini kita nak lawan virus Covid-19," katanya.
Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai berkorban sedikit kesusahan dan kesukaran sekarang untuk masa depan serta duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
malam tadi last episod drama hadiah dari tuhan tu pun si lailerr lepaskan peragut sebab org tu ckap dia terdesak xmakan dek xde job sbab covid..i is sedih sgat2..smoga akak n anak2 dia ni dipermudahkan rezeki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Masih Ada Yang perihatin
Amin
Aku doakn Muga Allah berkati kmu tuan nik |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya... walau mencuri itu salah... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengorbanan seorang ibu..... Tak dpt bayangkan kalau meols dlm situasi tu.... Sbb tu meols takut nak ada anak ramai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya.. Moga diluaskan rezeki tuan nik dan akak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, ni baru betul2 terdesak. Mesti sayu polis tu pergi rumah orang tu tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian, manusia menjadi terdesak |
|
|
|
|
|
|
|
calling for sis sharlenetexas |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa tahu pesal Tuan ACP Nik Ezanee? Tindakan beliau adalah sangat terpuji |
|
|
|
|
|
|
|
"Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu."
She needs a job
Klu x what happen esk lusa
Pape pun salute ASC nik ezanee
Hensem plk tu
|
|
|
|
|
|
|
|
tuan nik ni kan yg cari mak angkat cina tu?kehidupan dia dulu mesti sangat susah sampai dia sendiri faham masalah si ibu ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|