View: 6845|Reply: 30
|
Kisah Kejayaan Lee Thiam Wah, Pengasas 99 Speedmart
[Copy link]
|
|
Siapa yang tak pernah ke pasaraya 99 Speedmart ini? Pasar mini ini ada di mana-mana dan harganya pun boleh tahan murah. Jom kita berkenalan dengan pengasas 99 Speedmart yang juga dikenali sebagai Raja Pasar Mini.
Lee Thiam Wah merupakan seorang insan istimewa yang berjaya dan disanjungi ramai. Siapa sangka seorang insan bergelar OKU juga mampu memiliki pasaraya dan berjaya!
Jom kami kongsikan kisah kejayaan Lee Thiam Wah yang sangat berinspirasi ini.
Latar Belakang Lee Thiam Wah
Lee Thiam Wah dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang miskin. Ayahnya merupakan pekerja binaan manakala ibunya adalah peniaga jalanan. Berasal dari keluarga yang dengan 11 orang adik-beradik, beliau terpaksa dijaga oleh neneknya akibat penyakit yang dihadapinya. Beliau kemudiannya terpaksa menamatkan sekolah rendah akibat kekurangannya itu.
Walau bagaimanapun, Lee Thiam Wah tetap berusaha untuk memperbaiki dirinya dan terus belajar dengan inisiatifnya sendiri. Beliau meminjam buku dari jirannya untuk mengisi segala masa yang ada supaya ilmunya bertambah.
Akibat kesukaran hidupnya dalam mencari pekerjaan, beliau menjual makanan ringan di kaki lima untuk mencari sumber pendapatan.
Bermula Dari Kedai Runcit Nenek
Memiliki sikap tidak pernah mengalah, telah mendorongnya untuk terus memperbaiki keadaan hidupnya. Beliau bekerja tanpa penat untuk memulakan perniagaan kedai runcit. Neneknya merupakan pendorong beliau untuk lebih bersemangat dalam perniagaannya.
Usahanya dalam menjual pelbagai jenis barangan runcit mendapat sambutan positif daripada masyarakat umum. Beliau juga telah banyak belajar melalui perniagaannya. Dari sini, beliau telah mengambil maklum balas pelanggan dan juga mengenali pesaing bagi memajukan perniagaannya.
Perniagaan Lee Thiam Wah semakin berkembang dari semasa ke semasa. Beliau kemudian menjual perniagaan kedai runcitnya dan memulakan perniagaan pasar mini pertamanya dalam mencabar dirinya sendiri.
Dari Kedai Runcit Ke 99 Speedmart
Tidak lama setelah menukar nama pasar mininya kepada 99 Speedmart pada tahun 1999, beliau meluaskan empayarnya dengan membuka beberapa cawangan di Klang.
Lee Thiam Wah kemudiannya melebarkan sayap perniagaannya ke seluruh negara. Pada bulan Jun 2016, 99 Speedmart telah melancarkan gerai ke 800 mereka di Taman Pahlawan, Melaka.
Semasa wawancara bersama-sama dengan pihak Forbes pada tahun 2010, Lee Thiam Wah mempunyai pendapatan sebanyak RM150 juta setiap tahun dengan kira-kira 2,000 orang pekerja.
Kesimpulannya, rahsia kejayaan Lee Thiam Wah yang menakjubkan terletak pada semangatnya yang tinggi dan kegigihannya. Kisahnya yang mengagumkan juga membuktikan kepada semua pihak bahawa kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk seseorang itu terus berjaya.
Jika insan istimewa pun boleh berjaya, insan seperti kita juga boleh.
Sumber Rujukan: Home Finder,Mind, Majalahlabur
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg suka beli barang2 kt speedmart. Kebanyakannya murah dari mart lain. Tapi klu kt area rumah ni, kedai dia x beberapa bersih.. Especially kt area beverages. Tu kadang malas masuk.. Tapi pernah p kt area lain, bersih jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
suka brg speedmart sbb murah.. stok skit jd cepat ganti.. jd tkde kes brg expired
lg pun kedai dia dekat je dgn rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 betul la menjalankan peruncitan bukan mesin basuh. |
|
|
|
|
|
|
|
EDISI SOALAN SERIUS JANGAN KECAM: ada sesiapa boleh spill the tea mcm mana 99speedmart dan mrdiy boleh tiba-tiba buka cawangan seluruh negara dlm masa yang sangat singkat?
ramai je peniaga yang buka runcit but iols betul-betul kepingin nak tahu mcm mana these two boleh berkembang pesat dlm masa singkat sbb semestinya memerlukan modal yang SANGAT besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
report je kt apek tu confirm manager dia kena pecat or tukar baru . sbb budaya pemalas pengotor bukan budaya mana2 syarikat yg nak berjaya
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju, ada few store kat area rumah saya bau busuk, cam kencing tikus
|
|
|
|
|
|
|
|
diorg beli barang pukal. so harga mmg jatuh murah sngt2
ala lgpn bangsa tu kan, diorg punya sokongan sesama sendiri mmg terbaik
dan speedmart ni kalau perasan dia akan bukak dkt tempat2 yg kita sndri pelik, npe tetibe bukak dkt celah2 ni? mungkin kawasan situ sewa murah. mungkin la
anak dia sekolah dkt sekolah iols
baik budaknya. sopan je. xde mendiva mcm anak onkaya yg lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Dimana ade 7E, disitu ade Speedmart berdasarkan pemerhatian iolss. Pastu KK Mart pon sibuk buka tepi 7E. Brg yg aku suka beli kt Speedmart mcm susu, cornflakes & telur. Murah compared to kedai mamak aceh & supermarket. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka gi speedmart especially musim2 pkp ni sebab bila husband beli barang mesti ada yg tertinggal. Barang kering pon murah jugak macam cereal, milo, pencuci pinggan. Barang frozen yg basic pon ada, pilihan dairy banyak. Dulu masa taman aku ni baru bukak, semua mati kutu sebab kedai runcit yg ada hidup segan mati tak mau. Lepas speedmart bukak tetiba banyak pulak orang meniaga makanan depan speedmart tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku setiap kali masuk kedai speedmart je mesti rasa x seronok sebab tak berapa bersih ... hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
speedmart tempat iolss ni pun macam berhabuk sikit. pastu barang dia macam berterabur.
tapi yg iolss suka kat speedmart ni, almond milk Good Vibes dia murah compare dgn tempat lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
pekerja kedai ni lebih suka bersembang dari susun barang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaum llaki klau bab beli brg mmg failed tpi bab kutuk prmpuan kmain nmbr stu haha.
|
|
|
|
|
|
|
|
Brg packaging ok la sbb selalu tambah stock, jarang stock xde..
Tp mcm bawang ke ikan bilis etc i xberani beli sbb biasa busuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dkt umh ak 2-3 speedmart Ada.. beli makanan kucin murah..semua la murah |
|
|
|
|
|
|
|
Ai suka gi Speedmart99 ni sbb harga murah dn byk pilihan barang yg dijual tapi kdg2 ada sesetgh barang2 cepat habis... Bab kebersihan tempat tgk keadaan, yg bersih tu mungkin pekerjanya fokus dgn kebersihan tempat... Yg kurang bersih tu maybe diorg sibuk sampai tak sempat nk bersihkn... |
|
|
|
|
|
|
|
livita kat speedmart rm1.80 je...murah siot |
|
|
|
|
|
|
|
suka speedmart sebab murah, tapi perasan jgk awal pkp 1.0 dulu byk brg murah mcm sardin, planta, lepas tu slowly naik harga, tapi masih murah banding supermarket lain, yg penting takpayah nak que panjang |
|
|
|
|
|
|
|
dekat kawasan kami ni je, ada 3 biji speedmart. drive 5 minit mesti jumpa
banyak wehhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|