CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2453|Reply: 6

Perlekeh Darurat, Azwan Ali Dipanggil Bukit Aman

[Copy link]
Post time 22-1-2021 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Bukit Aman mengesahkan telah memanggil selebriti Azwan Ali pada Khamis untuk membantu siasatan berhubung penularan sebuah klip video baru-baru ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata siasatan dijalankan terhadap selebriti itu kerana dipercayai memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.







"DRM (Polis Diraja Malaysia) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terhadap klip video Azwan Ali kerana didapati telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.


"Rakaman video berdurasi 41 saat tersebut telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.


Tambah Huzir, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


"ada 21 Januari 2021, Azwan Ali (DIVA AA) telah dipanggil ke Pejabat USJT, Bukit Aman bagi membantu siasatan.


"Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut," katanya lagi.


Kredit foto: Twitter





PDRM mengesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menganggu gugat keharmonian negara.


Tegas Huzir, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. -CARI


Sumber: Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je perlekehkan... Bezanya antara report dgn tak je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:33 PM | Show all posts
yang akak focuskan kereta dia. dia pakai kereta apa? teringin nak tahu. HAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah Hazeman ni. Matilanak wat hal la Azwan ni. Org nk die jadi host AJL.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam video tu macam tak perlekeh jer macam dia buat lawak gila dia selalu. Yerla dia masuk air kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 22-1-2021 09:15 PM
Dalam video tu macam tak perlekeh jer macam dia buat lawak gila dia selalu. Yerla dia masuk air kan. ...

Dalam vid tu bagi iols dia tak perlekeh apa, tapi ada vid terbaru dia pasal tak suka melayu tu choiii... Dia pun ponen meleis nusantara gigih takmau jumpa melayu, len kali duduk di mainland confirm tak jumpa. Kalau duduk london jumpa jugak melayu nanti sebab sana penempatan melayu urban ramai nak2 anak2 si E
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-1-2021 09:21 PM
Dalam vid tu bagi iols dia tak perlekeh apa, tapi ada vid terbaru dia pasal tak suka melayu tu cho ...

Alah sembang tak suka melayu konon,gang2 dia pun kelempuk melayu gak. Macam Zenil tu juga, poyo jer bapok2 ni semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54570 Replies : 22
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika dikecam hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 36856 Replies : 78
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3298 Replies : 14
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49492 Replies : 102
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 283570 Replies : 8376
Berkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di Malaysia Harga Ini Dapat Rumah Kecil’ – Lelaki Ini Beli Rumah Di Jepun Harga RM820,000.Anda setuju?
YgBenarBerkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di
Views : 65698 Replies : 42
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 19483 Replies : 28
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98958 Replies : 1025
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 42538 Replies : 162

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.649989 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list