View: 1252|Reply: 4
|
[SARAWAK] Wujudkan semula Sarawak Rangers
[Copy link]
|
|
KUCHING: Persatuan Komuniti Polis Sarawak (SCPA) memohon Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan mengaktifkan semula Sarawak Rangers supaya dapat membantu meronda sempadan negeri ini dengan Kalimantan.
Pengerusinya Datuk Seri Victor Hii berkata, ia sekali gus dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak selain memperkukuhkan keselamatan sempadan.
"Pada tahun 2015, mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkongsi laporan perisikan yang belum disahkan yang menunjukkan jumlah pendatang haram Sarawak antara 320,000 dan 350,000.
"Hari ini, ada kemungkinan jumlah pekerja haram di Sarawak sekitar 500,000 atau lebih," katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata, Sarawak Rangers sebagai alternatif untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati), harus ada kerjasama Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan langkah-langkah keselamatan yang ditingkatkan di sepanjang sempadan.
"Sebagai saranan, kerajaan harus meningkatkan sumber tenaga termasuk angkatan bersenjata, polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain yang berkaitan menjaga sempadan.
“Selain itu, keselamatan sempadan dapat dipertingkatkan dengan menyediakan peralatan teknologi terkini dan memperbaiki infrastruktur seperti jalan untuk memudahkan pergerakan,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat juga memainkan peranan mereka untuk memberitahu mengenai sebarang aktiviti yang mencurigakan, tempat persembunyian sementara atau memberi petunjuk kepada pihak penguatkuasa.
"Walaupun kita menyedari faedah pengambilan pekerja asing untuk membantu aktiviti ekonomi Malaysia dalam sektor intensif buruh seperti perladangan, pembinaan dan pembuatan, namun majikan mesti didorong dan dididik untuk menggunakan pekerja yang sah agar tidak dikenakan hukuman oleh undang-undang,” katanya.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat sabah pilak bersepah tu baik tubuhkan abu lahab rangers. sejarah dah buktikan ada puak2 bawa pilak tujuan kaut undi lepas tu tubuhkan parti politik baru tujuan nak dominasi.
bagus serawak kekal bertahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Agensi yg sedia ada tuu....kalau buat kerja,bersih,cekap dan amanah....x perlu pon 'mende' ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dan sejarah dah bukti kan ... tiada usaha bersungguh2 untuk membenteras dier rang ni sehingga kini
|
|
|
|
|
|
|
|
dan berapa ramai anak muda sekarang betul2 nak dan layak menjadi Ranger ni...?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|