CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1422|Reply: 3

Sanggup Rakam Video Di Hospital Untuk Buktikan Covid-19 Palsu

[Copy link]
Post time 25-1-2021 12:51 PM | Show all posts |Read mode




Mengambil video secara haram di hospital kerana mahu membuktikan pandemik Covid-19 sebenarnya tidak berlaku, membawa padah kepada Debbie Hicks, 46 yang kemudiannya ditangkap pihak polis.



Kejadian berlaku di hospital diRaja Gloucestershire, England pada 28 Disember tahun lalu.


Menurut laporan Daily Star, Debbie dilihat berjalan di koridor hospital sambil merakamkan suasana di hospital lalu melaungkan "di mana virus mutan itu?"



Foto : SWNS




Dalam video berdurasi selama lapan minit, Debbie menyatakan wad telah ditutup dan kawasan tersebut telah mati.


"Nampak tak hospital kosong dan lampu dimatikan. Di mana pesakit yang nazak dan kononnya virus bahaya? Saya tak nampak apa pun. Rupa-rupanya krismas kita dirompak."


Foto : FB




Sementara itu, pihak hospital menyatakan mereka sedang mengendalikan 200 pesakit Covid-19, termasuklah unit rawatan rapi. Ianya tidak termasuk 500 pesakit lain yang juga memerlukan rawatan.



Debbie ditahan ketika membuat bantahan 'lockdown' - SWNS




Debbie akan didakwa kerana menghina dengan perkataan buruk yang menyebabkan kekacauan di bawah seksyen 5, Akta Arahan Orang Ramai dan akan disebut pada 30 Mac nanti.



Rupa-rupanya golongan anti vaksin dan yang percaya bahawa Covid-19 tidak wujud sebenarnya berlaku di pelbagai negara. Apa yang perlu dilakukan terhadap golongan ini di Malaysia? - CARI









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 03:42 PM | Show all posts
hehehhee bak kata kak lopa. vaksin tak caya, nealofak kelantan kardesen percaya.. hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:02 PM | Show all posts
memang la ko masuk hospital tak jumpa pesakitnya

kalau sapa2 pun boleh masuk, jumpa pesakit covid, lagi teruk la virusnya tersebar
sah-sah la kan diorang quarantine kat tempat orang tak nampak, tak jumpa.
this Karen la hai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana videonya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.284625 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list