CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 2

Mengaku Jadi Dukun, Remaja Minta Maaf Cabul Budak Sebab 'Dirasuk'

[Copy link]
Post time 25-1-2021 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Remaja lelaki di Kalimantan Utara nekad mencabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dengan mengaku sebagai dukun.


Suspek yang juga seorang petani dilaporkan TribunNews, tinggal bersama ibu bapanya manakala mangsa tinggal bersama ibu bapa dan datuknya.


Ketua Polis Daerah Sebatik Timur, Iptu Khomaini berkata, suspek dan datuk mangsa saling mengenali.




Gambar hiasan




Pada Khamis lalu, suspek datang ke rumah mangsa sekitar jam 10 malam dan bersembang mengenai pekerjaan sehinggalah jam 1 pagi apabila lelaki itu tiba-tiba berkata rumah berkenaan dalam bahaya.


Dia kemudian mengajak datuk mangsa ke luar rumah sebelum beraksi seolah-olah sedang menarik 'benda ghaib' yang kononnya ada di sekitar halaman rumah.


Sebaik menunjukkan jarum dan garam 'ditemuinya', datuk mangsa pun mula mempercayai suspek bahawa barang berkenaan ditanam seseorang, sedangkan barang berkenaan dibawa suspek sebelum bertandang ke rumah mangsa.


Suspek kemudian meminta izin ke bilik air sebelum mengintai kanak-kanak itu yang tidur di dalam kelambu.


Selepas memastikan mangsa tidur nyenyak, dia kemudian berkata kepada datuk mangsa bahawa cucunya dalam bahaya, ada 'makhluk ghaib' dalam tubuhnya dan harus segera dirawat.


Sekitar jam 2 pagi, mangsa dikejutkan datuknya untuk 'dirawat'. Suspek meminta semua lampu dimatikan selain menyuruh datuk mangsa memejamkan mata sepanjang proses rawatan dilakukan.


Suspek mendakwa benda ghaib itu berada di paha Intan, lalu membuka seluarnya dengan alasan mahu menarik benda ghaib itu keluar.


Suspek yang mula ghairah menjilat kemaluan mangsa lebih kurang seminit manakala datuk dan cucunya itu membiarkan perlakuan lelaki terbabit kerana menyangka ia adalah upacara menghalau benda ghaib.


Bagaimanapun, datuk mangsa kemudian membuka mata dan melihat perbuatan jijik suspek selain alat kelaminnya yang kelihatan tegang, dia terus menolak lelaki itu.


Namun, suspek mendakwa dia melakukannya kerana dirasuki makhluk ghaib sebelum meminta maaf dan dihalau keluar dari rumah berkenaan.


Suspek ditahan pada Sabtu selepas polis menerima laporan dibuat datuk mangsa pada Jumaat. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksumum 15 tahun. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pelik2 je la indon caprut ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 09:34 AM | Show all posts
Yang bukan-bukan je mereka ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.383605 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list