View: 1183|Reply: 3
|
Bawa Jenazah Guna Pikap Sebab Tak Mampu Sewa Ambulans
[Copy link]
|
|
Tidak mampu menyewa ambulans menyebabkan satu keluarga di Buleleng, Bali membawa jenazah menggunakan pikap.
Portal Tribunnews melaporkan mereka terpaksa membawa jenazah dikenali sebagai Gede Seni dari Hospital Buleleng ke rumah pengebumian menggunakan pikap berikutan tidak mampu menyewa ambulans yang dikenakan kos sehingga 800,000 rupiah (RM230).
Peristiwa itu menjadi tular di media sosial menyebabkan Komuniti Sosial Buleleng mengumpul derma.
Dalam hantaran itu, pemilik akaun menyertakan sekeping gambar menggambarkan jenazah Gede terbaring di belakang pikap dan hanya ditutupi selimut bercorak garis hitam dan putih.
Kelihatan ibu bapa Gede duduk di sisi jenazahnya dan dipercayai gambar dirakam ketika pikap itu sedang berhenti di Jalan Penarukan, Singaraja.
Selain gambar, pemilik akaun juga menjelaskan keadaan keluarga arwah yang kurang berkemampuan sehingga tidak boleh menjelaskan kos rawatan mencecah belasan juta rupiah.
Isteri Gede, Ketut Suryani, 35, mengizinkan jenazah suaminya dibawa menggunakan pikap dari hospital.
"Tidak ada pilihan lain berikutan keluarga tidak mampu membiayai sewa ambulans berjumlah 800,000 rupiah.
"Yang urus jenazah suami saya di hospital hanya mentua. Mereka tidak tahu mahu minta bantuan daripada siapa.
"Di samping itu, sewa ambulans di hospital cukup mahal dan kami tidak punya wang sebanyak itu," katanya.
Selain itu, keluarga berkenaan juga tidak mampu membayar bil rawatan berjumlah 17 juta rupiah (RM4,800).
Menurutnya, suaminya dibawa ke hospital swasta di Buleleng pada 10 Januari lalu berikutan batuk dan sesak nafas.
Setibanya di hospital, Gede disahkan mengalami jangkitan paru-paru.
"Sakitnya ini dialami sejak arwah berhenti merokok, sekitar tujuh bulan yang lalu. Dia berhenti merokok selepas kami mendapat anak. Tapi selepas berhenti merokok tiba-tiba sering batuk," jelasnya.
Ketika menderita batuk, arwah tidak ke hospital kerana tiada wang untuk membayar rawatan.
"Saya terlambat membawanya ke hospital kerana tidak punya wang dan insurans," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Janji jalan kematiaan itu permulaan ko ke syurga.
Pikap pun xde hal
Amal tu yg diterima Allah ,itu sasaran kita.
mati ni amat menakutkan sebab kita xtahu apa nak expect ...mati baru tahu...baru merasa |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak sector pelancongan terjejas akibat covid19 ramai yang makin susah sampai ada yang hanya makan ubi rebus katanya. Nasiblah masih ada pickup untuk diguna. |
|
|
|
|
|
|
| |
|