Kredit Foto - Google
Susulan kesukaran pelajar mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Ustaz Ebit Liew menyumbangkan 100 buah unit tablet kepada mereka yang memerlukan.
Justeru, timbul satu rasa syukur salah seorang pengguna Facebook bernama Iqbal Rosali di mana beliau serta ahli keluarga dahulunya sempat merasai inisiatif pemberian netbook 1Malaysia secara percuma yang pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu.
Kredit Foto - Facebook Iqbal Rosali
Rata-rata orang ramai turut berterima kasih dengan perdana menteri pada waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak atas inisiatif tersebut.
Kredit Foto - Facebook Iqbal Rasalli
Tidak dapat dinafikan, inisiatif pemberian netbook 1Malaysia ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban keluarga B40 untuk membeli perkakas komputer sebagai keperluan utama untuk pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi para pelajar universiti pada masa itu.
Memandangkan keperluan mendesak ketika ini, harap pihak kerajaan sudi mengembalikan inisiatif pemberian netbook sebegini sebagai kemudahan PdPR bagi para pelajar yang memerlukan. - CARI
|