Siapa yang edit gambar masa saya muda untuk tambah rambut panjang, lepas tu sebar kat Twitter?
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya kini mencari individu yang bertanggungjawab mengubah suai gambar lamanya.
Menurutnya, ada orang yang mengubah gambar mudanya berambut pendek menjadi panjang dan kemudiannya disebarkan di Twitter.
Beliau turut berkongsi gambarnya ketika berumur 12 tahun, 18 tahun dan terkini.
Kredit foto: Twitter
Ciapan ini mendapat pelbagai reaksi netizen. Sebahagian netizen turut mengecam tindakan individu yang mengubahsuai gambar ahli politik.
Kredit foto: Twitter
Ada juga memberi komen agak nakal.
Kredit foto: Twitter
Bertabahlah Datuk Seri. Rakyat Malaysia ni ramai yang terlebih kreatif. - CARI
|