Video muzik seorang penyanyi yang menampilkan lenggok tarian mengghairahkan akhirnya mengundang teguran daripada seorang pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma' Harun.
Asma' menerusi Facebook melahirkan rasa terkejut apabila menonton video klip lagu berkenaan kerana secara terang memperlihatkan aksi dianggap lucah dan memalukan.
"Saya mendapat satu pertanyaan tentang seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di laman rasmi dia. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya.
"Sungguh saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak video klip seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya... belum pernah saya melihat video klip yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.
"Ini satu musibah ummah yang parah, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin parah, kalian menghasilkan video klip yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan!" katanya.
Biarpun tidak menyebut nama mana-mana penyanyi namun menerusi paparan skrin menampakkan hashtag tulisan lagu Parah Parah nyanyian Ayda Jebat yang pernah menjadi trending di YouTube.
Malah, rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut juga mendakwa status teguran Asma' itu dipercayai ditujukan kepada Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat.
Dalam pada itu, Asma' juga meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap penyanyi tersebut yang seakan-akan berasa bangga melakukan maksiat secara terbuka serta menjatuhkan maruah wanita Islam.
Kredit foto: FB Asma'
"Kalian bangga menjadi top 10 YouTube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah wanita Islam, bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu?
"Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan Islam atau tidak. Saya juga tak pasti sama ada penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat," ujarnya.
Sementara itu, Asma' memberi nasihat terbuka kepada penggiat seni tidak kira pelakon, penyanyi, pelawak atau pengacara supaya membawa imej yang baik serta bermaruah.
Malah, Asma turut memohon maaf kerana memberi teguran secara terbuka dan berharap agar Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia atau Seniman memainkan peranan dalam isu sebegini.
"Semoga dirimu kuat untuk padam video tersebut, sebelum ia mengambil bahagian tenang hidupmu, saat tidur malam, dosa masih berjalan.
"Saya pasti kos penghasilannya sangat tinggi, kerugian tak boleh lari, namun ia amat berbaloi untuk nilai syurgaNya," katanya.
Post time 1-2-2021 10:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dh lakinya sendiri yg jd director vclip tu.. aksi cium ketiak bini pun tunjuk kat org.. so apa nk diharapkan ngn laki bini ni.. btw terima kasih ustazah untuk teguran..
Post time 1-2-2021 10:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Akak gi tengok Youtube tadi. Dah diedit ke ditukar ke videonya? Apsal tak nampak daring sangat dah macam memula tu? Ke mata akak kero memang gitulah MVnya dari awal premiered?
Post time 1-2-2021 11:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ajinomotonosuga replied at 1-2-2021 11:16 PM
Tak ske bleh tenguk lain wak
Laut luas wak..bleh berenang!
Bukan pasal ske tak ske dont watch ape...if she is non muslim its fine..but she is not so there..maybe your defination of being a bad influence is different?
Now during this trying times the pandemic is telling us something..up to your intrepretation..bala or not
Post time 1-2-2021 11:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 1-2-2021 11:26 PM
iols tak tgk masa awal2 tu..
Oooowwwwhhhh. A'ah promo kat insta memang nampak macam 18sx tapi bila tengok video sebenar tak sensual pun. Btw kat Youtube video sheols ni, 30k like, 32k dislikes.