View: 3524|Reply: 37
|
Ditangkap Cuba Curi RM28 Kerana Lapar, Leher Seorang Nenek Dicengkam Dan Diarak
[Copy link]
|
|
INDONESIA - Seorang wanita warga emas ditangkap penjual dan pengunjung sebuah pasar di Mandiraja, Banjarnegera, Jawa tengah kerana cuba menyeluk saku salah seorang penjual di pasar.
Memetik Kompas.com, nenek itu kelihatan hanya terdiam pasrah ketika lehernya dicengkam dan dimaki hamun dengan bahasa kasar oleh seorang lelaki.
Selain itu, tudungnya turut ditarik-tarik oleh orang ramai ditempat kejadian. Turut didengari suara teriakan dari seseorang yang mengatakan "pateni bae" (bunuh saja) kepada nenek tersebut.
Orang ramai yang berang kemudian mengarak nenek itu ke balai untuk membuat laporan polis.
Menurut Pesuruhjaya polis Mandiraja, AKP Suyit Munandar, mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada Sabtu lalu ketika pasar sibuk dengan aktiviti jual beli.
Setelah disiasat, nenek itu pergi ke Mandiraja dengan menggunakan pengangkutan awam kerana dia buntu untuk mencari duit.
"Mangsa adalah peniaga di Pasar Mandiraja, dia menyedari beg miliknya telah diseluk oleh pelaku dan mangsa terus menjerit," kata Suyit.
Tambah pegawai polis itu lagi, nenek itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal semasa tiba di balai polis itu.
Nenek itu mengaku dia memang cuba meragut dan dengan linangan air mata dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.
"Mangsa sudah memaafkan dan tidak akan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, ia diselesaikan secara baik, dia juga cuma hilang sebanyak Rp 100, 000 (RM28)," jelas AKP Suyit.
Dengan keadaan pandemik COVID-19 ketika ini, nenek tersebut memberitahu dia mengalami kesempitan wang malah suami dan anaknya pula merantau ke luar bandar dan sudah lama tidak memberikan khabar berita.
Walau bagaimanapun, nenek itu akhirnya dibenarkan pulang ke rumah tanpa sebarang dakwaan namun wajib hadir ke balai polis setiap hari Isnin dan Khamis untuk lapor diri (pengawasan) sehingga suatu masa yang ditentukan. Menurut AKP Savit, jika nenek tersebut hadir seperti yang dipinta, bantuan keperluan dan duit tambang akan diberikan. - CARI
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya nenek.. mesti buntu tak tau nak buat apa sampai mencuri. Kot ye pun, jangan lah sampai buat dia macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Di mana pergi belas kasihan dan simpati sesama manusia kalau warga tua itu meminta sedekah pun ada kah insan yg sanggup berkongsi sedikit bahagian rezeki mereka di sana? Kalau semudah itu boleh memohon bantuan sedekah tidak perlulah dia terdesak utk mencuri kan? Syukur di malaysia masih ramai yg ada budi bicara dan empati. Semoga urusan warga emas ini dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib kes kat Malaysia tak jadi macam tu tapi siap dibantu |
|
|
|
|
|
|
|
rasa macam selalu sangat berita no dari negara indon |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dalam sinetron pulak. Rupanya yang dalam drama2 derang tu betul2 la berlaku kat sana. Ingatkan over dalam drama je |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek patut stay Kat Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
Rm28 macam tak layak korang nak cengkam dan berarak gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde hati perut langsung. Lelaki dayus je buat perempuan macam tu, warga emas pulak tu. cuba orang cengkam leher kau. |
|
|
|
|
|
|
|
Miskin sgt rkyat dorang smpai rm28 pun mangsa beria xnak lepaskn n org rmai smpai soh bunuh nenek tu. Sedangkan kat sni rm28 tu bbnu wt minum air kat starbuck je. |
|
|
|
|
|
|
|
Ape ni mmg la mncuri tu salah tp agk2 la jgn la guna kkasaran kt org tua. Nenek tu bkn bleh larikn diri pecut 4x100 pun. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian... sedih... dah tengok vid ni beberapa hari lepas...
mujur polis tolong bagi bantuan... waktu ni makin ramai orang dalam kesusahan... cuma kita je tak tahu... sian makcik tu di cengkam gitu... deorang dah tanya tapi dia pun tak menjawab... ye la dah dia mencuri memang la dia takkan jawab time2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Cyempaka replied at 5-2-2021 06:44 PM
Macam dalam sinetron pulak. Rupanya yang dalam drama2 derang tu betul2 la berlaku kat sana. Ingatkan ...
I caya je sebab Yang diseluk pun hidup susah..Nama je meniaga, ntah hasil meniaga pun dapat berapa sen je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek ni klu kat msia berduyun2 da org bg bantuan.. Sian nenek |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 sampai ke pengetahuan EL |
|
|
|
|
|
|
|
Nowonder pati ramai nk masuk mesia..Depa tau rakyat mesia hati lembut... |
|
|
|
|
|
|
|
mari lah duduk dengan saya nek. kita makan apa yg ada. sedihnya tengok nenek ni ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|