CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1348|Reply: 2

[SARAWAK] Pasrah tiada tarian Singa atau Naga

[Copy link]
Post time 8-2-2021 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Persatuan tarian singa dan naga akur tiada persembahan semasa TBC tahun ini



KUCHING: Persatuan-persatuan tarian singa dan naga akur dengan arahan untuk tidak mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bakal diraikan minggu ini.

Jurulatih Sarawak Elite Dragon and Lion Dance Association Kelvin Ng berkata, apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah keselamatan dan kesihatan semua pihak daripada dijangkiti wabak COVID-19.

“Kita tidak ada pilihan selain terpaksa mengikut arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) demi memutuskan rantaian COVID-19 di negeri ini.

“Selama 22 tahun saya terlibat dalam industri tarian singa dan naga, inilah pertama kali tidak ada persembahan semasa TBC,” katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Suasana TBC tahun ini, kata Kelvin, pastinya suram kerana tiada lagi kedengaran bunyi alat muzik mengiringi tarian singa dan naga bagi sambutan kali ini.

Beliau mengakui kesan COVID-19 amat dirasai kerana ia menjejaskan hampir 100 peratus pendapatan persatuan ini yang kebanyakannya datang daripada persembahan tarian singa dan naga semasa sambutan TBC.

Sehubungan itu, beliau yang mempunyai 30 anak buah dalam persatuan itu berharap kerajaan dapat membantu memberi bantuan atau insentif kepada pasukan tarian singa dan naga yang terjejas di negeri ini.

Menurutnya, hampir setahun persatuan mereka tidak mempunyai pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu.
Persembahan singa dan naga sempena TBC yang dibuat oleh Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2021 03:19 PM | Show all posts


“(Situasi) ini memang agak sukar memandangkan kami perlu menanggung perbelanjaan lain termasuk sewa kedai dan justeru berharap kerajaan akan mendengar suara kami dengan memberi insentif sepatutnya,” katanya.

Beliau turut memberitahu Persatuan sebelum ini biasanya menerima tempahan sehingga 300 pintu rumah semasa TBC, namun kali ini terpaksa menyimpan rapi segala kostum dan peralatan susulan garis panduan yang telah ditetapkan untuk perayaan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi merangkap Grandmaster Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak, Prof Dato Sri Dr. Song Swee Hee berkata, ini juga pertama kali mereka berdepan dengan situasi tidak mengadakan persembahan tarian singa dan naga semasa TBC sejak ia diwujudkan 1974.

“Amat menyedihkan apabila terpaksa meninggalkan adat tradisional kunjungan dari rumah ke rumah semasa TBC namun dengan adanya pencegahan penyebaran COVID-19 akan membolehkan kami mengunjungi anda semua pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Menurut Song, Persekutuan menyokong keputusan JPBNS untuk tidak membenarkan persembahan tarian singa dan naga diadakan semasa TBC demi kebaikan semua pihak.

“Sebelum ini kami biasanya menerima antara 80 hingga 90 tempahan persembahan semasa TBC bagaimanapun demi keselamatan dan kesihatan orang ramai tradisi turun temurun ini boleh diketepikan untuk tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Persekutuan Nanyang Wushu Sarawak merupakan antara pengamal tarian singa dan naga di negeri ini dan akan membuat persembahan dari rumah ke rumah pada setiap kali TBC.

Persembahan tarian naga dan singa merupakan salah satu tradisi terpenting dalam TBC kerana singa dan naga melambangkan nasib baik serta dipercayai akan mengusir roh jahat.

JPBNS pada 5 Februari mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan TBC di mana persembahan tarian singa dan naga, rumah terbuka, amalan kunjung mengunjungi, perkumpulan keluarga di hotel atau restoran untuk sambutan TBC, bazar TBC dan sambutan di tokong dan tempat awam adalah tidak dibenarkan.

Marlinda Mardzuki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2021 03:30 PM | Show all posts
Sehubungan itu, beliau yang mempunyai 30 anak buah dalam persatuan itu berharap kerajaan dapat membantu memberi bantuan atau insentif kepada pasukan tarian singa dan naga yang terjejas di negeri ini.
Bantuan apa lah agak nya ... sedangkan tarian tu hanya bertujuan untuk kutip2 derma / angpau ...
banyak lagi bantuan lain untuk yang sangat2 memerlukan ...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059351 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list