CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9573|Reply: 99

Hospital Cuai, Wanita Cemas Bayi Tertukar Dibawa Pulang Keluarga Lain

[Copy link]
Post time 19-2-2021 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan, setiap hospital akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk setiap pesakitnya. Namun, ia tidak bermaksud pihak hospital boleh terlepas dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kes tertukar bayi.


Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Nur Hafiza mendakwa bayinya tertukar dengan bayi pasangan lain. Kejadian tersebut berlaku di sebuah hospital beberapa hari yang lalu.




Gambar hiasan




Menurut Hafiza, dia telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.1 kilogram pada 12 Februari yang lalu secara pembedahan. Selepas bersalin, Hafiza memberitahu bahawa anaknya itu perlu ditahan di hospital kerana mengalami demam kuning.


Selepas sehari melakukan pemantauan, doktor memanggil mereka suami isteri untuk melihat cara penyusuan buat bayi. Pada hari tersebut juga, mereka yakin bahawa anak mereka boleh keluar dari hospital keesokan harinya. Namun, doktor memberitahu mereka tidak boleh membawa pulang bayi tersebut kerana berat badannya semakin berkurang.


Oleh kerana tidak sedap hati, mereka suami isteri menelefon semula doktor dan meminta kebenaran untuk datang menyusukan bayi tersebut. Semasa tiba di hospital dan hendak memberikan susu, Hafiza mendakwa bayi yang berada bersamanya itu bukan anaknya. Lantaran itu, dia meminta pihak hospital untuk membuat pemeriksaan semula.





Kredit foto: FB




Jelas Hafiza, pihak hospital meminta maaf kepada mereka dan mendakwa kecuaian yang berlaku adalah berpunca daripada mereka sendiri. Susulan itu, pihak hospital mengambil tindakan segera iaitu menghubungi ibu yang membawa anak mereka pulang.


Ujar Hafiza, mereka bersyukur kerana berjaya menemui anak mereka semula. Tambahnya, kesemua laporan kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak hospital itu juga didakwa tersalah dan tertukar.




Sumber: OhBulan

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 04:07 PM | Show all posts
spital mana weiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:11 PM | Show all posts
Dah lama tak dengar kes macam ni syukurlah bayi sebenar dapat ditemui semula.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ke ni.... melampau betul kes cuai mcm ni....seriau kalau kena kat diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm cite sinetron indon ttukar anak ptg2 kat tv9 tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Naya betul
Kecik2 dulu aku selalu cakap kat adik aku, yg doc tertukar baby. Sebab dia aje yg gelap dlm family aku, meraung2 dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Uwaaa.....menakutkan...ingat dlm cite filem je jadi mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
This is crazeyyyy!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary-nya. Tp kalau kat nicu tu mmg kdg2 risau ada nurse main letak je baby dalam cotb without check nama kat cot tu. Haritu masa baby kat nicu iols duk observe, dah terdetik dalam hati jgn lah anak aku tertukar dgn anak org lain.

Tapi kan masa discharge, diorang akan check dulu tag kat kaki baby dgn ic emak. Nurse kat nicu check, then guard depan pintu nicu check, pastu guard dekat lobby pun check juga. Dan diorg pesan jgn gunting tag kaki baby selagi x sampai kat umah. In this case xtau la mcm mana sampai boleh terlepas bwk balik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:29 PM | Show all posts
bersyukur kepada allah... bersyukur kepada kekuasannya... inilah masanya.. seluruh diriku... bersama bertaat pada allah....

lirik lagu sinetron anak ku bukan anak ku...ehhh betul ke lirik ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:31 PM | Show all posts
mcm sinetron bawang putih bawang merah. masa kecil tertukar juga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:36 PM | Show all posts

seronok sgt dpt baby baru ke sampai  family lagi 1 yang terbawak balik baby tu tak perasan yg diorg bawak balik baby org lain?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat kat india tadi. Scary dohh
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:42 PM | Show all posts
kuzaime replied at 19-2-2021 04:14 PM
Naya betul
Kecik2 dulu aku selalu cakap kat adik aku, yg doc tertukar baby. Sebab dia aje y ...

eh sama ngan iols kuat nyakat..iols bagitau kat adik, mak jumpa kat tepi kebun sayur cina sbb putih melepak drp bradik lain. lagi sorang adik yg gelap sikit iols bgtau jumpa tepi kuil. melalak2 dorang masa kecik2 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:44 PM | Show all posts
skerinya..agak2 baby yg dibwk balik tu dah 5 kali kenyang tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 04:45 PM | Show all posts
pa benda la nurse2 tu buat....keje elok2 la... anak orang boleh buat main...

kalau tertukar bila dah besar baru perasan camne?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:47 PM | Show all posts
Dah macam cerita daughter from another mother kat Netflix.

Diorang tertukar baby sebab jururawat dalam bilik baby tu mandikan baby dengan buka tag. bila balik baby tertukar. Kemudian hospital baru perasan yang baby tertukar. But both family dah sayang sangat kat anak masing2.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
'Switched At Birth'(Bay tertukor ngn Daphne).
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bace Kat FB, sepital MElaka...sepital gomen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.118765 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list