View: 6197|Reply: 52
|
Sektor Pawagam Bakal Lumpuh?
[Copy link]
|
|
Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pembukaan pawagam selepas beberapa sektor ekonomi termasuk perkhidmatan bukan keperluan utama dibenarkan beroperasi.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth berkata, diskriminasi dari segi operasi itu hanya akan terus melumpuhkan ekonomi sektor pawagam.
"Mengapa pawagam masih ditutup sedangkan aktiviti riadah lain seperti gimnasium, spa dan kasino dibenarkan kembali berniaga? Kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula secara serius keputusan mereka untuk membenarkan kami kembali beroperasi.
"Industri pawagam tidak lagi mampu menanggung penutupan lebih lama dan ia pasti akan lumpuh. Ia sekali gus menjejaskan kehidupan setiap rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam keseluruhan rantaian bekalan," katanya.
Kredit foto: Harian Metro
Mohd Ghazali berkata, negara seperti Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan India sudah membenarkan pawagam kembali beroperasi.
Katanya, arahan penutupan pawagam terus melumpuhkan industri pawagam Malaysia hingga mencatat kerugian sebanyak 90 peratus.
"Industri ini mengalami kerugian lebih RM500 juta tahun lalu. Ia jauh berbeza jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya di mana industri ini secara keseluruhannya menyumbang lebih RM1.08 bilion pendapatan dan lebih RM250 juta cukai hiburan kepada negara," katanya.
Beliau berkata, impak itu menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, banyak pawagam terpaksa gulung tikar dan semua pemilik pawagam terpaksa mengecilkan operasi mereka. Malah, ada dalam kalangan kakitangan pawagam terpaksa menerima potongan gaji sehingga 70 peratus.
"Kerugian paling besar setakat ini adalah pengunduran pengendali pawagam ketiga terbesar di Malaysia iaitu MBO Cinemas yang terpaksa melakukan pelupusan secara sukarela.
"Krisis kewangan itu melarat sehingga merangkumi rantaian bekalan yang lebih besar iaitu keseluruhan perniagaan hujung ke hujung termasuk syarikat-syarikat kecil dalam bidang pembuatan, logistik, pembersihan, makanan dan minuman serta peruncitan," katanya.
Beliau berkata, MAFE sudah membuat beberapa rayuan secara bersama untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Antara permohonan diutarakan adalah pengecualian atau pengurangan cukai hiburan untuk pemamer filem. Mohd Ghazali berkata, walaupun RM225 juta sudah diperuntukkan bagi membiayai dan menyokong aktiviti kesenian, kebudayaan dan hiburan pada Jun tahun lalu, namun peruntukan berkenaan tidak termasuk untuk sektor pawagam. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
X kisah sngt sbb iol buknnya kki pnggung wyg, tngok kat rumh je dh ckup. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah semua sektor pulak suruh pertimbang dibukak. Apa masalah kalau sektor pawagam goyang. Kecohhh je |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab ada ke anak beranak politician yang bukak bisnes pawagam? |
|
|
|
|
|
|
|
Admin GSC hari2 merempan sedih tanya bila boleh bukak.
Last iols tgk wayang cite Frozen 2 tu eer tahun bila tu ye kuar lupa dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Org dah tak minat tgk movie kt cinema dah.. ramai dh ada tv besar kat rumah dgn segala channel ada nk layan movie..tak sempat nak tengoklah banyak sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Feel tgl tv dengan panggung berbeza dgn sound, image lebih detail makan popcorn beli tiket.. |
|
|
|
|
|
|
|
nti cerita kat cucu
cuuuu dulu nenek tgk movie dengan htaok engkau ...best cerita sanggam |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah buka pun xpe sbb kerusi panggung wayang xsedap kalau letak kerusi ogawa atleast seminggu sekali kaka pergi |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat tgk Mulan movie je... Pencapaian yg begitu sedeh utk kaki wayang seperti mak sepanjang tempoh pandemic {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 24-2-2021 10:53 AM
tak payah buka pun xpe sbb kerusi panggung wayang xsedap kalau letak kerusi ogawa atleast seminggu s ...
kaka mmg dasar panda nak selesa sentiasa je |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih jugak kalau banyak entertainment business mcm pawagam, themepark tutup. Nak enjoy ngn anak-anak tempat camtu. Kalau kelab malam, bar, karoke tu takpela tutup. Takde pekdah |
|
|
|
|
|
|
|
Org dh xpergi dah.neflix ado,viu ado,astro ado
Eh mcm2 laa. Tgu ada movie hollywood yg gempak2 bru la excited sikit
Mcm avengers dulu...opening pon beratur pnjanggg
Skrg mne ada movie best pon |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 24-2-2021 10:52 AM
nti cerita kat cucu
cuuuu dulu nenek tgk movie dengan htaok engkau ...best cerita sanggam
Sanggam tu cerita atok nenek kita..upgrade la sikit avengers ke star wars ke |
|
|
|
|
|
|
|
orang sekarang siap beli projektor chuols pasang dekat rumah...
tengok wayang ni just alasan nak dating/lepak dengan membe jah... |
|
|
|
|
|
|
|
tenant aku staff wayang
dah resign dah pun
terlajak jugak bayar sewa sebulan dua ni
takpe la selagi boleh tolong, pejam mata je laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
its okay, kitaorg still okay lagi x de cinema. semuanya boleh tgk dari rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian... bukan sikit rugi tu. Berjuta-juta. Kakak I walaupun pasang projektor di rumahnya tetap pergi cinema |
|
|
|
|
|
|
|
Sy pun dh lama x tgk wayang..filem last tgk klu x silap F&F berapa tah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kt pekerja jaa.. sebelum ni nmpk diorg duk promote popcorn.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|