CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1206|Reply: 4

Tak Sempat Tengok Bayi, Bakal Bapa Maut Di Parti Dedah Jantina

[Copy link]
Post time 24-2-2021 01:01 PM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Seorang bakal bapa maut selepas peranti yang sedang dipasang untuk parti 'gender reveal', meletup.


Christopher Pekny, 28, sedang memasang peranti itu di garaj rumahnya di Liberty, utara New York, bersama adiknya pada pagi Ahad ketika ia tiba-tiba meletup.


Adiknya, Michael Pekny, 27, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.


Polis yang menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 pagi Ahad dan mengesahkan Pekny maut di tempat kejadian.


Kredit foto: Awani





Parti 'gender reveal' menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini, di mana ia menjadi tempat untuk ibu bapa mendedahkan jantina bayi mereka kepada rakan dan keluarga.


Punca peranti itu meletup masih dalam siasatan, kata jurucakap polis, Steven Nevel.


Peranti itu, menurut Nevel, merupakan sejenis paip tetapi sifat bahan peledaknya belum diketahui.


Canon confetti adalah peralatan yang sering digunakan dalam majlis seumpama ini, bagaimanapun tidak dijelaskan jika ia adalah peranti yang digunakan mangsa.


Belum ada sebarang tangkapan membabitkan insiden itu buat masa ini.


"Alat itu tidak bertujuan untuk menyakiti sesiapa. Ia sejenis alat untuk parti yang biasa," kata Nevel. -CARI


Sumber: wani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tak sempat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tak sempat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tak sempat... Bahaya juga meletup..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 02:08 PM | Show all posts
aduhaii...dr nak hepi jadi sedih lakk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.165640 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list