Jalan Felda Aring merupakan laluan terkenal untuk ke Tasik Kenyir. Namun pada bulan Januari, jalan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana keadaannya akan menjadi teruk akibat hujan lebat.
Terbaru, telah tular sebuah rakaman video sebuah kenderaan yang melalui jalan itu setelah penghalang konkrit yang diletakkan pihak berwajib telah dialihkan.
Berdasarkan video dapat dilihat keadaan di situ agak bahaya dan memang tidak sesuai lagi digunakan orang ramai.
Malah hasil tinjauan di Facebook mendapati, sebelum ini telah berlaku beberapa kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan jiwa tapi kejadian itu nampaknya tidak pun menghalang orang ramai terus menggunakan laluan maut itu.
Maka, orang ramai dinasihatkan agar tidak melalui laluan ini buat sementara waktu demi keselamatan diri anda sendiri. Sayangilah diri anda dan ingatlah orang tersayang. -CARI
|