Alamak! Gerai minuman Shuk diserang pemuda Myvi, kena sindir tiada pekerjaan
Pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar terkejut selepas diserang seorang lelaki yang memberhentikan kereta Myvi ketika dia sedang berniaga air minuman di tepi jalan di Wangsa Maju.
Menurut laporan Utusan, ketika kejadian, Shuk bersama pembantu peribadi Iskandar Nurzaman sebelum lelaki terbabit bertindak untuk menolak barangan jualan pelawak berkenaan.
Malah pelawak berusia 35 tahun itu berkata, dia mendakwa turut disindir dengan mencari rezeki cara berniaga selepas kehilangan pekerjaan.
Takde rezeki nak berniaga
“Dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.
“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya.
“Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,” kongsi Shuk.
Bagaimanapun, pengacara rancangan I Can See Your Voice Malaysia itu tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis selepas sempat mendapatkan nombor plat kereta yang dinaiki lelaki tersebut.
Terdahulu, khidmatnya sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan selepas terpalit dengan kontroversi berhubung rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar terkejut selepas diserang seorang lelaki yang memberhentikan kereta Myvi ketika dia sedang berniaga air minuman di tepi jalan di Wangsa Maju.
Menurut laporan Utusan, ketika kejadian, Shuk bersama pembantu peribadi Iskandar Nurzaman sebelum lelaki terbabit bertindak untuk menolak barangan jualan pelawak berkenaan.
Malah pelawak berusia 35 tahun itu berkata, dia mendakwa turut disindir dengan mencari rezeki cara berniaga selepas kehilangan pekerjaan.
Pelawak Shuk Sahar reda dituduh penipu dan sengaja mencipta drama kononnya gerai jualan airnya diserang semata-mata untuk viral dan pemasaran percuma.
Syuk ketika dihubungi berkata,dia sedar ketika ini jika menjelaskan perkara sebenar sekalipun akan tetap ditiduh menipu.
"saya reda jika ada yang kata say penipu dan sengaja buat drama sebab nak viral atau free marketing'
"tidak ada yang saya nak komen lagi mengenai insiden tersebut, biarlah apa orang nak kata kerana saya yang tahu, saya sedang mencari rezeki yang halal." katanya.
"Dari awal lagi saya bercadang ingin melaporkan kepada pihak polis, Cuma saya bersyukur kerana pemuda tersebut telah meminta maaf kepada saya"
"Dia DM saya di IG selepas mengetahui video yang saya rakam di Insta Story telah menjadi tular. Dia berjanji untuk berjumpa saya dalam masa terdekat.
"saya tidak menyimpan dendam dan saya maafkan dia serta merta bersedia untuk bertemu dengannya" katanya.
Jadi semua persoalan telah terjawab bahawasanya kejadian ini bukanlah taktik permasaran murahan seperti yang digembar-gemborkan.
Marilah kita sama-sama doakan kejayaan Syuk Sahar dalam perniagaan beliau. Jom support! buanglah hasad dengki hookayyyyyy - Piao
gimik tak gimik. 1 report awam berdasar bukti video sampai kat balai, siap semua 5 orang ke dalam kerana merosakkan ketenteraman awam & contoh sivil yg jelas langgar Rukun Negara ke5
Post time 3-3-2021 07:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Xde modal ke nak buat gerai yg gah sikit? Dah la berniaga sampai 3 org.. tp mcm tu je gerainya? Tmpt pun x sesuai kat tepi jln. So nmpk sgt lakonan. Bdk sek jual kat hari kantin lg hebat dan kreatif.