Edited by FOTHER-MUCKER at 9-3-2021 09:34 AM
Pelajar perempuan mengaku fitnah guru Perancis dipenggalMac 9, 2021 @ 2:10pm
Pejalan kaki melewati sebuah poster yang memaparkan gambar Samuel Paty. - Foto AFP
PARIS: Seorang pelajar perempuan yang mencetus kempen kebencian terhadap guru lelaki warga Perancis yang menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada pelajar, mengaku menipu dan menyebarkan dakwaan palsu mengenainya, kata peguamnya semalam.
Pelajar itu mendakwa guru berkenaan, Samuel Paty, yang dipenggal oleh ekstremis Islam pada Oktober tahun lalu, meminta pelajar Islam meninggalkan kelas ketika beliau menunjukkan kartun itu.
Bapa kepada pelajar perempuan itu kemudian memfailkan aduan dan menyebarkan dakwaan itu di dalam talian, menyebabkan seorang pelarian Chechen berusia 18 tahun bertindak mencari Paty di bandar Conflans-Sainte-Honorine di barat daya Paris.
"Pelajar perempuan itu menipu kerana rasa terperangkap dalam situasi apabila rakan sekelas memintanya menjadi jurucakap," kata peguamnya, Mbeko Tabula kepada AFP semalam, mengesahkan satu laporan daripada akhbar Paris.
Paty menunjukkan kartun itu, yang pertama kali diterbitkan dalam majalah Charlie Hebdo, dan dianggap menghina oleh kebanyakan orang Islam, ketika kelas Sivik, di mana pelajar berdebat mengenai kebebasan bersuara dan penghinaan pada agama.
Pelajar perempuan itu yang sebelum ini diberi amaran dibuang sekolah kerana masalah disiplin, tidak berada dalam kelas berkenaan. Dia kini berdepan tuduhan fitnah, manakala bapanya dan seorang lagi lelaki yang juga pendakwah Islam, dikenakan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan berkenaan.
Pembunuh Paty mati ditembak polis tidak lama selepas serangan berkenaan. - AFP
|