View: 1563|Reply: 3
|
Ryan Deedat Nafi Tumpang Glamour Da'i Syed
[Copy link]
|
|
Kerap membuat perkongsian dalam media sosial miliknya bersama pendakwah dan penyanyi Syed Iqmal, Ryan Deedat menepis dakwaan kononnya dia menumpang populariti rakannya itu.
Ryan atau nama sebenarnya, Sheikh Eamir Deedat, 29, menjelaskan, terpulang kepada masyarakat untuk membuat penilaian tersendiri, namun dia ikhlas berkawan dengan Syed biarpun lelaki itu dilanda kontroversi pada tahun lalu.
Foto: IG
“Saya dan Syed mula rapat tahun lalu, namun erti persahabatan bukan diukur dengan tempoh perkenalan sebaliknya keikhlasan ketika berkawan. Saya sejujurnya ikhlas berkawan dan mahu memberi motivasi untuk menaikkan semangat rakan yang memerlukan sokongan.
“Syed memerlukan masa untuk berehat daripada media sosial untuk beberapa tempoh, namun kini dia kembali bangkit dengan semangat sebagai penghargaan buat peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya,” kata Ryan kepada Kosmo! Online.
Sementara itu berbicara tentang perjalanan kariernya sebagai penyanyi, dia yang mencipta nama dengan lagu Salimah percaya, tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Ryan sudah enam tahun mencuba nasib dalam industri muzik tempatan bersama sebuah kumpulan rock alternatif. Namun, rezeki tidak menyebelahi sehingga membuatkan dia beralih kepada kerjaya solo.
“Selain bidang nyanyian, saya turut berjinak-jinak dalma cabang seni lain iaitu penggubahan lagu dan mencipta melodi. Masih hijau dalam bidang ini, saya mula bereksperimentasi dengan lagu sendiri dan rakan-rakan terdekat.
“Syed sendiri pun ada berkongsi pengalaman mencipta lirik ketika berada dalam tahanan selama 20 hari. Saya dan beberapa orang rakan menyuntik melodi dan terhasillah lagu Ya Habib yang mempunyai makna tersendiri buatnya,” kata Ryan.
Lagu Ya Habib merupakan sebuah lagu bergenre pop elektronik dengan campuran muzik Arab dan Asia yang dicipta oleh Ryan sendiri bersama Adam Armin, Yusuff Khan dan Adly Kiddy serta lirik hasil nukilan Syed sendiri bersama Adam Armin.
Ya Habib menceritakan tentang seseorang yang mencari hakikat kebahagiaan tetapi dicemuh, diseksa dan jiwanya meronta-ronta dan bermula dari situlah wujudnya seorang yang digelar sebagai Ya Habib atau guru. – CARI
Sumber: K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jgn ikut perangai PU syed sudahlaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saudara mara ahmad deedat ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
EWWW DAI SYED LAGI.. JIJIKS.. sebelum conrobesinya sepatah haram pun aku tak kenal dia, sejak dilanda kes rogol terus jadi duta fefume.. mcm ni ke eh marketing produk timbang kilo malaysia? yes i guess so.. so siapa yang bodoh beli produk timbang kilo tu tolong muhasabah diri ok, jangan tertipu dengan produk sampah mcm ni!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|