Wanita meninggal dunia akibat serangan jantung kerana terlalu banyak menangis.
Difahamkan, Gupteswari Sahoo meninggal dunia pada Jumaat lalu iaitu sehari selepas dia berkahwin dengan pemuda dari Bolangir, Bisikesan Pradhan.
Menurut laporan Hindustan Times seperti dipetik Harian Metro, ketika kejadian keluarganya bersiap sedia untuk menghantar wanita itu berpindah ke rumah mentua sebelum Gupteswari tiba-tiba pengsan.
Gambar hiasan
Sebaik tiba di Pusat Kesihatan Komuniti Dunguripallu (CHC), Gupteswari disahkan sudah meninggal dunia.
Menurut penduduk kampung, Ramesh Sahu, wanita itu mengalami tekanan sejak pemergian bapanya beberapa bulan lalu.
"Dia seorang gadis yang baik, tetapi nampak tertekan selepas kehilangan bapanya.
"Selepas berkahwin, dia tidak henti-henti menangis kerana perlu keluar dari rumah untuk tinggal bersama keluarga mentua.
"Saya tidak menyangka dia akan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian rupa," katanya.
Gambar hiasan
Doktor di (CHC) memaklumkan serangan jantung boleh berlaku akibat tekanan emosi kerana ia fungsi jantung untuk mengepam darah. - CARI |