“Saya Orang Korea, Kami Makan Daging Khinzir..” Maryam Younarae
Personaliti media sosial terkenal Malaysia-Korea, Ryzal dan Mariam mula terkenal dalam kalangan pengguna Instagram kerana keletah mereka berdua yang tampil bersahaja dengan gurau senda antara suami isteri. Sering mendapat perhatian netizen, Maryam Younarae dan Ryzal baru-baru ini tampil dalam sebuah program hiburan diberi nama Lancaang Bethol terbitan Astro. Meskipun ramai yang terhibur dengan gelagat mereka, pastinya ada juga yang kurang selesa apabila melihatkan dua budaya bertembung dan berbeza daripada norma masyarakat tempat. Tampil menjawab komen-komen nakal netizen menerusi program tersebut, Maryam mengakui dia kini masih belajar untuk menjadi muslimah yang baik dan sempurna misalnya proses berhijab, Tambahnya lagi, dari segi pemakanan, dia juga sedang belajar untuk mengubah dan mengadaptasi perkara baru seperti haram memakan daging khinzir. “Misalnya, sebagai orang korea, kami sentiasa makan daging khinzir. Semua makanan Korea ada daging khinzir tapi saya perlu berhenti dan tak boleh makan daging khinzir lagi. Ibaratnya setiap hari kamu makan ayam, tiba-tiba kamu sudah tak boleh makan ayam lagi. Macam mana? Sangat susah. Biarkan saya belajar satu persatu, Manusia tidak sempurna.” Manakala bagi Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pula, dia sama sekali tidak memaksa isterinya itu untuk berubah sekaligus usai mengahwininya. “Saya tak kisah dia nak pakai atau tidak saya tak suka memaksa. Itu bukan saya dan dia takkan kahwin dengan saya. Sebab bila mualaf bila nak tekankan dia, kita tak boleh paksa.” Ujar Ryzal. Terdahulu, Ryzal dan Maryam telah mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun 2019 yang lalu. SUMBER : Astro Gempak
|