CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1778|Reply: 17

Ingtakan Hilang, Tiga Pelajar Maahad Tahfiz Lari Sebab Tak Boleh Hafaz Al-Quran

[Copy link]
Post time 15-3-2021 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Tiga pelajar lelaki sebuah maahad tahfiz di Pinang Tunggal, di sini, yang dilaporkan melarikan diri dari asrama, semalam ditemui semula di rumah keluarga rakan mereka di Alor Setar.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mereka berusia 12, 13 dan 16 tahun itu dipercayai melarikan diri kerana tidak boleh menghafaz al-Quran.


Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada warden asrama memaklumkan tiga pelajar terbabit tiada pada 4.45 pagi semalam hingga menimbulkan kebimbangan.




Gambar Hiasan




Katanya, hasil pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat tahfiz itu mendapati mereka dipercayai keluar dari situ pada 4.30 pagi.


"Kerana bimbangkan keselamatan tiga pelajar berkenaan, warden asrama terbabit membuat laporan polis sejurus selepas itu," katanya ketika dihubungi hari ini.


"Siasatan awal polis mendapati ketiga-tiga pelajar itu dipercayai pergi ke rumah salah seorang pelajar di Alor Setar


"Berdasarkan keterangan, mereka mendakwa melarikan diri dari asrama kerana tidak boleh membuat hafazan al-Quran. Tiada kejadian dera atau buli terhadap mereka," katanya.


Menurutnya, ketiga-tiga pelajar berasal dari Alor Setar, Kuala Nerang dan Sungai Lalang, di sini, belajar di pusat tahfiz itu sejak setahun lalu.


"Mereka bertiga tidak minat belajar di maahad tahfiz berkenaan dan ingin bertukar ke pusat tahfiz lain," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 03:01 PM | Show all posts
kesian, masuk tu sebab kena paksa dgn parent ke apa ni, kalau dah takde hati nak belajar, mana boleh paksa2
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 03:06 PM | Show all posts
mak bapak nak short cut masuk syurga ke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2..ada budak nakal ni mak bapak tak tahan hantar ke tahfiz.
Sekian, kisah benar
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 03:18 PM | Show all posts
Suruh saja ibu bapanya hafal alqoran itu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 03:21 PM | Show all posts
kesian dengan budak²...
xde minat jangan la hantar..dah menyusahkan orang lain

makcik saya spesis mcm ni..
antar anak dia yang bongsu belajar kat mesir dari usia 12 tahun
upsr,pt3 dan spm mmg xambik la..
balik dari mesir sambung masuk maahad tahfiz..merata..
skrg  ni dengar ada kat maahad tahfiz di banting ..
nampak sgt anak dia mmg tak minat tapi dipaksa
mak pak nya cikgu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoooo..teringt plak kejadian blackout y menyebabkan dak2 tahfiz blakang rumah kwn ai menjerit2 mcm gegel..hihihi~

Ni kena paksa ngn parents yee masuk tahfiz?bertabah laa nak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 03:36 PM | Show all posts
Anak tak minat jgn paksa masuk tahfiz.  Bukan senang nak menghafal. Bangun pkl 3-4 pagi utk menghafal. Hanya yg minat dan ada roh sahaja yg boleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 03:37 PM | Show all posts
akies replied at 15-3-2021 03:13 PM
Kadang2..ada budak nakal ni mak bapak tak tahan hantar ke tahfiz.
Sekian, kisah benar

ye
biasa je dgr

hujung2 xhbs sekolah pun sbb xminat bljr



Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahfiz pun tak mau budak2 yg terpaksa masuk ni. Nakal je campak tahfiz. Dah macam henry gurney. Tapi depa tak boleh tolak hajat mak ayah yg nak anak jadi elok perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 15-3-2021 04:05 PM

bkn semua budak pandai letakkn minat....
ada tu...satu hapa pun tak minat ....klu blh nk mkn tido, mkn tido main game....har, tu semua budak minat.....

ank aku tu pun, klu aku tak jd singa dulu, tak tau le skrg ni jd apa....

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerrrr.. telah disontot?  Pehal quran pulak yang salah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
akies: Kadang2..ada budak nakal ni mak bapak tak tahan hantar ke tahfiz.Sekian, kisah benar

Ya.ramai makpak pesen nih.sekolah dah malas,malam merayau.dia ingt masukkan tahfiz terus jadi ulamak..last2 kacau budak2 lain .
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 15-3-2021 05:08 PM
Ya.ramai makpak pesen nih.sekolah dah malas,malam merayau.dia ingt masukkan tahfiz terus jadi ulam ...

kacau ja ok lagi... tapi kalau liwat atau dah dewasa kes naik macam Syed hem mmg merosakkan nama bangsa & negara
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 05:19 PM | Show all posts
Dah dia tak mahu hantar belajar kemahiranlah pulak dari bertukar2 sekolah yang sama tapi tak selesaikan masaalah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 06:47 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 15-3-2021 04:06 PM
Kerrrr.. telah disontot?  Pehal quran pulak yang salah.

terpikir jugak kalau kes tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 07:08 PM | Show all posts
ingtakan tu apa? perkataan baru ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 07:39 PM | Show all posts
Thailand bukan la jauh sgt   ...   lari la masuk Thailand cari rezeki kat pusat hiburan sana ,  gerenti ada acara dlm kelab yg sesuai dgn bakat korang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049565 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list