Elak Masalah Kesihatan Mental, Justin Bieber Pilih Untuk Jauhi Telefon Pintar
Siapa sahaja yang tidak lekang memegang telefon pintar di tangan, baik melayari internet, sosial media mahupun bermain permainan dalam talian yang adakalanya berjam-jam lamanya.
Umum tahu, telefon pintar kini sangat penting untuk urusan harian kita namun berbeza pula pendapat bagi penyanyi terkenal dunia, Justin Bieber, 27 tahun, yang memilih untuk menjauhi telefon pintar demi menjaga kesihatan mental serta menyeimbangkan kehidupan antara kerja dan hal peribadi, lapor portal hiburan BuzzFeed.
Kata Justin, daripada sibuk ‘bermain’ telefon pintar, alangkah baik jika masa yang terbuang itu diisi dengan momen-momen yang lebih berkualiti bersama isterinya, Hailey Baldwin serta keluarga tersayang.
“Saya mula sedar betapa pentingnya had dan batas waktu bekerja. Malah, menjauhi telefon pintar, saya juga berasa tidak dibebani ‘hutang masa’ dengan sesiapa.
“Kini saya lebih berurusan dengan pengurus menerusi iPad bukannya telefon. Saya akan bangun awal pagi sebelum 8 pagi dan berhenti kerja pada jam 6 petang,” jelas Justin seperti dipetik menerusi halaman BuzzFeed.
Menurutnya lagi, masa yang berkualiti juga dimanfaatkan untuk masa tidurnya kerana baginya kehidupan tidak akan seimbang tanpa waktu tidur yang berkualiti.
“Walaupun saya telah berjaya dalam kerjaya saya, namun itu semua bukan kejayaan. Kejayaan yang sebenar ialah masa kebahagiaan yang saya penuhi bersama isteri serta ahli keluarga,” tambah Justin lagi.
Justin juga akui bahawa pada awalnya begitu sukar untuk beliau menjauhi penggunaan telefon pintar. Namun atas bimbingan terapi, beliau akhirnya berjaya menjauhkan diri demi memiliki kehidupan bekerja yang seimbang. Jika Justin Bieber sanggup menjauhi telefon pintar miliknya, bagaimana pula anda?
Post time 16-3-2021 05:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
betul jugak apa si bibir ni ckp. kadang perasan makpak sibuk sgt dok main hp sampai anak2 kecik buat apa pun x sedar. better gunakan masa tu utk family lg bahagia.
Post time 16-3-2021 09:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Yeke? Tiap2 hari tengok ig dia ada je pic yg dia upload.. Tp maybe upload gambar jelah kot lepas dah habis apa dia nak letak kat ig tu dia letak phone dia jauh2 kot
Ramai pembuli cyber zaman sekarang ni jadi tak hairan kalau dia kata macam tu. Update ler sesikit untuk peminat agar tak terus senyap je. Masa yang lebih elok tumpukan pada keluarga.