|
Edited by CARI-MAL at 16-3-2021 02:31 PM
Persahabatan pastinya lebih manis apabila disulami dengan gurau senda dan gelak tawa.
Malah, ada yang bertindak ekstrem sehingga membuat prank kepada rakan-rakan sendiri.
Terbaharu, tular video di TikTok apabila remaja perempuan membuat prank kad undangan perkahwinan kepada rakan-rakan baiknya.
Kredit foto: IG Melisa
Menurut Balqis Nurlisa Noor Adzrin, 16, idea itu datang dengan sendiri dan dia tidak menyangka bakal menerima reaksi berbeza-beza.
"Saya sekadar edit menggunakan aplikasi dalam telefon. Kemudian saya hantar kepada kawan-kawan.
"Ada yang tak percaya, ada juga percaya yang kononnya saya akan berkahwin. Mereka kata ia nampak realistik. Yang gelak pun ramai.
"Selain itu, saya turut kongsikan video tutorial edit kad kahwin tu ke TikTok," ujarnya kepada mStar.
Mesra disapa Melisa yang menetap di Seremban, dia mengakui terkejut video berkenaan meraih lebih 300,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.
"Saya terkejut sebab tak sangka. Dalam 20 minit dah 12,000 tontonan. Kemudian dah lebih 300,000 sekarang.
"Keluarga pun dah tahu, saya ada maklumkan kepada mereka. Semua OK je, masing-masing terhibur.
"Tapi saya pun tak terfikir andai kata kawan dah tak percaya gara-gara prank ini. OK je rasanya, semua terhibur," kata Melisa lagi.
Kredit foto: TikTok
Malah katanya, dia juga tidak menerima sebarang komen negatif di platform video popular itu.
Di sebalik prank tular itu, siapa sangka ia turut membuka pintu rezeki buat gadis ini.
Namun katanya, dia bukalah menolak rezeki, sebaliknya belum bersedia untuk menerima sebarang permintaan dan tempahan.
"Selepas viral, ada wanita-wanita yang juga bakal pengantin yang menghubungi saya.
"Mereka kata ternampak video saya di TikTok dan mahu tempah kad kahwin dengan saya. Nak minta saya design.
"Saya rasa gembira, kagum, bersyukur. Selepas dia mesej, saya terfikir... bagus juga idea tu sebenarnya.
"Ia bagaikan pembakar semangat untuk saya. Tapi saya tolak tempahan itu secara baik, saya belum bersedia.
"Mungkin suatu masa nanti saya boleh gunakan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan. Sekarang saya belum yakin, masih baru lagi," ujarnya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|