CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1514|Reply: 6

[Politik] Adun Permatang Pasir Tak Mengaku Cabul

 Close [Copy link]
Post time 23-3-2021 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by KBW2 at 23-3-2021 05:44 PM

ANAK LOBAI TAK MENGAKU CABUL WANITA



Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil menafikan tuduhan mencabul seorang wanita pada Januari lalu.

Kata Adun dari Amanah itu, dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.“Saya mengesahkan telah dipanggil untuk satu siasatan pihak polis pada 18 Mac lalu berkaitan satu laporan polis ke atas saya. Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.
Saya telah memberikan kenyataan saya kepada pihak polis. Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan.
“Saya juga sedang berbincang dengan pasukan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi membersihkan nama saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Faiz juga, buat masa ini, dia akan meneruskan tugasnya sebagai Adun seperti biasa.
Pagi tadi, Malaysiakini melaporkan seorang Adun dari utara Semenanjung disiasat polis atas tuduhan mencabul seorang pembantu kedai wanita dua minggu lalu, ketika mereka keluar membeli-belah di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Khalid Othman, wanita berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada 16 Mac.
Dalam laporannya, wanita itu mendakwa suspek cuba memegang tangannya namun ditepisnya, dan di dalam kereta suspek kemudiannya, suspek didakwa meraba, menarik bahu pengadu dan memegang tangan wanita itu tetapi ditolaknya.
Laporan wanita itu turut menyatakan suspek mengingatkannya agar tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian berkenaan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, undang-undang yang menetapkan kesalahan berhubung dengan menggunakan kekerasan untuk memalukan kesopanan seseorang.

Sumber: Malaysiakini



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat pening nak baca TT ooiii.. copy paste tak menarik utk dibaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2021 05:41 PM | Show all posts
makiting replied at 23-3-2021 05:39 PM
Awat pening nak baca TT ooiii.. copy paste tak menarik utk dibaca

Pesaipa pening? Hang nak aku buat esei ka? Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 05:43 PM | Show all posts
dah bkn dia yg buat

cane dia nk ngaku
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaaa baru lah elok utk d baca.. tadi mcm bingung nak memahaminya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2021 05:45 PM | Show all posts
makiting replied at 23-3-2021 05:43 PM
Haaaa baru lah elok utk d baca.. tadi mcm bingung nak memahaminya

HAHAHAHHA thank you sebab beri komen yang membina.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2021 07:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.117014 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list