View: 3600|Reply: 29
|
Mulianya Hati Abang Posmen
[Copy link]
|
|
Bagi segelintir individu, jumpa wang disifatkan mereka sebagai 'rezeki terpijak' apatah lagi jumlah ditemui sekitar RM1,300.
Namun, berbeza bagi seorang posmen yang berusaha menjejak pemilik wang berkenaan selepas menemukan dompet yang tercicir itu.
Malah, dia bimbang jika pemilik wang itu memerlukan wang berkenaan untuk kegunaan keluarga ataupun perkara lain yang mendesak.
Kredit foto: Harian Metro
Usahanya menjejak pemilik wang berkenaan berjaya sebelum kisah Mohd Shazlan Rusman, 32, yang menyerahkan semula dompet mengandungi wang dan dokumen penting itu tular di laman sosial, semalam.
Bercerita lanjut, Mohd Shazlan berkata, dompet itu ditemuinya jam 2 petang semalam berhampiran sebuah kilang di Juru, Pulau Pinang.
"Saya jumpa dompet itu ketika menunggang motosikal dan mahu membuat penghantaran surat di kawasan berkenaan.
"Sebaik melihat dompet berkenaan, saya terus mengambilnya dan berniat memulangkan semula kepada pemilik asal kerana ada banyak wang di dalamnya selain dokumen penting seperti kad pengenalan, kad bank, lesen memandu serta lain-lain lagi.
Kredit foto: Harian Metro
"Memandangkan tidak tahu bagaimana untuk mengembalikan semula dompet itu, saya memuat naik hantaran di Facebook (Fb) dengan harapan ada yang membantu menjejaki pemilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Percubaan Mohd Shazlan itu berhasil apabila dia dihubungi pemilik dompet, Mohd Zulhairi Sabarudin, 46, kira-kira 30 minit selepas memuat naik hantaran berkenaan.
"ada mulanya, ada beberapa individu meninggalkan komen mendakwa pemilik dompet itu rakan mereka.
"Tidak lama selepas itu, saya dihubungi pemilik asal dan bertemu dengannya jam 5 petang semalam untuk memulangkan semula dompet miliknya.
"Lega rasanya dapat kembalikan semula dompet itu kerana wang yang ada bukan sedikit dan bimbang jika dia mahu menggunakannya untuk keperluan keluarga," katanya yang menjadi posmen sejak 12 tahun lalu dan kini bertugas di Pejabat Pos Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Sementara itu, Mohd Zulhairi yang menetap di Teluk Kumbar, Pulau Pinang berkata, dia menyedari dompetnya tercicir ketika mahu mengisi petrol di sebuah stesen minyak.
Katanya, dia mengakui panik namun berusaha mencari semula dompet itu di kawasan kedai runcit dan sekitar kawasan kilang yang dikunjunginya sebelum ke stesen minyak.
"Namun, dompet itu tidak ditemui. Mulanya saya reda kerana menganggap tiada rezeki tetapi sebaik tiba di rumah, saya menerima kiriman WhatsApp daripada rakan mengenai hantaran Mohd Shazlan.
"Dalam hantaran itu, Mohd Shazlan ada meletakkan nombor telefon jadi saya terus menghubunginya dan mengatur pertemuan untuk mengambil semula dompet berkenaan.
"Alhamdulillah, dompet itu selamat dikembalikan dan kisah berkenaan mungkin nampak biasa bagi orang lain tetapi cukup bermakna buat saya.
"Jutaan terima kasih kepada Mohd Shazlan kerana berusaha mencari saya. Majikannya bertuah kerana mempunyai pekerja yang jujur dan amanah sepertinya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus abang posmen ni... susah nak jumpa pekerja yang amanah... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu akbar.. Jujur gini semoga org tu bg hadiah saguhati kt abg ni.. 300 pon jadi la.. Kaka dlu penah gk dpt mcm ni.. Jumpa hp n95 zaman2 tongkol dlu. Adik tu ucap terima kasih bg kaka kek. Mula2 kaka malu, segan xmo amik tp kek tu sedap.so makan jugak la akhirnya Kehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak Cari orang baik...sbb banyak masyarakat diajar kebencian sejak kecil |
|
|
|
|
|
|
|
OT plak.. abang2 posmen yg hantar area rumah i pun semua baik2. rumah ni kalau boleh hari2 ada je barang dorg datang hantar kalau ada hari yg dia tgh hantar kt rumah lain, pastu terserempak ngn dorg kt depan pagar, wajib angkat tangan mesra. rezeki tkpernah dpt posmen/abg2 j&t yg kurang baik sejak dulu, beli barang sbelum raya pun laju je sampai. kesian kalau tgk isu poslaju/j&t yg buat prangai, sbb yg baik2 ni mesti tkene tempias |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib ditemui oleh orang jujur masih ada rezekinya |
|
|
|
|
|
|
|
Wang drpd punca yg halal... Abam yg hilang dompet tu, dpt balik wang nya.
Abam posmen tu pulak, semoga mendapat rezeki berlipat kali ganda sbb jujur dan amanah. Well done abam. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dprmudahkn urusan & dprgandakn rezeki org2 yg jujur mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga rezeki abang posmen tu melimpah ruah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah diucapkan kepada abg posmen, semoga dipermudahkan segala urusan saudara |
|
|
|
|
|
|
|
notM: Susah nak Cari orang baik...sbb banyak masyarakat diajar kebencian sejak kecil
Khen. Pehtu bila ko cuba jadik baik, jadik happy, ko dianggap pelik. Bodoh masyarakat toksik ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
buat baik, dapat pun yang baik baik juga |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 26-3-2021 04:06 PM
Mungkin ADUN tuuu..tak tau kot.....atau 'kes ini berbeza'. |
|
|
|
|
|
|
|
faith is humanity is restored! |
|
|
|
|
|
|
|
Xberjawatan tinggi pun dipandang tinggi kalau jujur & amanah
Tahniah abg posmen. Moga jd contoh yg baik |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah masih ada rezeki tuan pya dompet dan jumpa plak dgn org yg jujur
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah, moga jadi ikutan.
Byakkan sebar menda positif, tak larat dah dengan berita/gosip negatif manjang...
|
|
|
|
|
|
|
|
notM replied at 26-3-2021 10:46 AM
Susah nak Cari orang baik...sbb banyak masyarakat diajar kebencian sejak kecil
ada je.....
aku pun baik gak....yg jahat, kauuu...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|