Sewaktu dilahirkan, doktor menjangkakan dia akan meninggal dunia dalam masa 24 jam.
Namun siapa sangka, Claudio Vieira de Oliveira, 44, dari Monte Santo, Brazil berjaya menjalani kehidupan normal seperti insan lain.
Dikenali sebagai Claudinho, dia menghidap arthrogryposis multiplex congenita dan dilahirkan dengan kepalanya yang terbalik ke bahagian belakang.
Selain itu, lengannya juga melekat pada bahagian dada, lapor Daily Star.
Kredit foto: @claudio.vieiradeoliveira/Newsflash
Dia kini bekerja sebagai pakar motivasi meluahkan hasrat untuk kembali bertugas seperti biasa apabila Covid-19 berakhir kelak.
Biarpun keadaannya begitu, Claudinho berkata dia tidak mengalami masalah untuk bernafas, makan atau minum seperti orang biasa.
Sumber: mStar |