View: 1752|Reply: 6
|
[Dunia]
Sanggup racun anak demi wang insurans
[Copy link]
|
|
Sanggup racun anak demi wang insurans
https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... demi-wang-insurans/
Oleh KOSMO!
2 April 2021, 4:02 pm
Ashley meracuni anaknya dengan cara memberi dadah secara berlebihan yang dimasukkan ke dalam ubat. - Jabatan Polis Houston/New York Times
HOUSTON, TEXAS – Seorang ibu didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun bagi menuntut wang insurans nyawa, lapor akhbar New York Post hari ini.
Tertuduh, Ashley Marks, 25, didakwa membunuh anaknya, Jason Sanchez- Marks, dengan cara memasukkan campuran pelbagai jenis dadah ke dalam ubat anaknya yang menghidap batuk kering.
“Saya percaya Ashley meracuni anaknya untuk mendapatkan wang daripada dua polisi insurans nyawa yang diambil untuk anaknya sebulan sebelum kematiannya.
“Dia dengan sengaja memberi anaknya metamfetamin dan pelbagai jenis dadah dalam dos yang berlebihan,” ujar pendakwaraya di Pejabat Peguam Daerah Harris, Gilbert Sawtelle.
Sebelum kematiannya, Jason Sanchez dan adik perempuannya yang berusia empat tahun tinggal bersama datuknya selepas mereka disahkan menghidap batuk kering.
Ashley yang merupakan seorang ejen insurans berlesen di Texas dilaporkan pergi melawat dua beradik itu dan memberikan mereka ubat, namun enggan dimakan oleh anak perempuannya.
“Menurut datuknya, dia ada menghubungi Ashley selama beberapa kali dalam tempoh dua hari untuk memberitahu bahawa anak lelakinya sakit.
“Namun, kedua-dua mereka tidak mendapatkan rawatan perubatan terhadap kanak-kanak tersebut, lantas menjadikan keadannya bertambah teruk,” kata laporan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.
Kanak-kanak malang itu kemudiannya ditemui tidak bergerak oleh datuknya pada 27 Jun 2020 sebelum mati sejurus sebelum polis tiba. – Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nampak tua dari usia sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Bila gila duit salah tidak perbuatan dah tak dipedulikan moga dapat hukuman setimpal perbuatan |
|
|
|
|
|
|
|
Ade kan kes.. Mak dia sengaja sakitkan anaknya.. Sebab dia attention seeker.. Sian anak dia kuar masuk wad. Dah sihat.. Kuar.. Pastu masuk balik.. Di dramakan pun ade.. Adelah jugak sekumpulan kecik perangai gini.. Aniayai anak.. Nakkan something |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya mak gini... semoga hidup ko penuh penyesalan seumur hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
mialunar replied at 2-4-2021 09:48 PM
Ade kan kes.. Mak dia sengaja sakitkan anaknya.. Sebab dia attention seeker.. Sian anak dia kuar mas ...
Munchausen syndrome by proxy
|
|
|
|
|
|
|
| |
|